Aikido: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:aikido.jpg|frames|right|120px115px]]
[[Imej:aikido1.jpg|thumb|right|350px|''Seni Aikido''.]]
 
'''Aikido''' adalah salah satu seni mempertahan diri yang berasal dari [[Jepun]] yang dicipta oleh [[Morihei Ueshiba]]. Aikido diciptakan pada era modernisasi [[Jepun]] yang berlangsung sekitar tahun [[1800]]an. Beladiri ini merupakan kombinasi dari ilmu pedang [[Kenjutsu]] dan [[Jujutsu]] yang juga merupakan bentuk [[seni bela diri]] tradisional Jepun. Pengaruh Kenjutsu boleh dilihat dalam pengaturan gerakan-gerakan atau langkah kaki. Sedangkan pengaruh [[jujutsu]] pula kelihatan dalam penggunaan teknik kuncian dan lemparan.
 
Seni mempertahankan diri ini dicipta dengan menekankan harmonisasi dan keselarasan antara ki (tenaga dalam) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta membimbing lawan. Prinsip ini diterapkan pada gerakan-gerakannya yang tidak menangkis serangan lawan atau melawan kekuatan dengan kekuatan tetapi "mengarahkan" serangan lawan untuk kemudiannya menundukkan lawan tanpa ada niat untuk mencederai lawan. Berbeza dengan seni mempertahankan diri lain yang pada umumnya lebih mengutamakan pada latihan kekuatan fizikal dan stamina, Aikido mendasarkan latihannya lebih pada penguasaan diri dan kesempurnaan teknik. Teknik-teknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan, kuncian, lemparan dan bantingan. Sementara teknik-teknik pukulan ataupun tendangan biasanya jarang digunakan. Falsafah-falsafah yang mendasari Aikido, iaitu kasih dan konsep mengenai ki inilah yang membuat Aikido menjadi suatu seni mempertahankan diri yang unik.
[[Imej:aikido1.jpg|thumb|right|350px|''Seni Aikido''.]]
 
Sistem tingkatan yang harus dilalui oleh seorang pelajar aikido (digelar ''[[aikidoka]]'') hampir sama dengan yang digunakan oleh seni bela diri asal Jepun lainnya, iaitu sistem ''Kyu'' untuk tingkat asas dan ''Dan'' untuk tingkat mahir. Secara ringkas, aikidoka baru (tingkat Kyu 6) hingga Kyu 4 menggunakan tanda berupa sabuk yang berwarna putih. Sementara aikidoka yang mencapai tingkatan Kyu 3 hingga 1 menggunakan sabuk berwarna coklat. Tingkatan selanjutnya adalah ''[[Dan]]'', dan aikidoka yang berjaya mencapai tingkatan ini ditandai dengan sabuk yang berwarna hitam serta peralatan tambahan berupa celana panjang bernama ''[[Hakama]]''. Celana seperti ini biasa dipakai oleh [[samurai|samurai-samurai]] pada zaman dahulu.
 
<br clear=all><br>
==Pautan luar==
{{commons|Aikido|Aikido}}