Tsar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Di Rusia, istilah "tsar" telah digunakan secara tidak tepat untuk dipertuan-dipertuan [[Mongolia]] ([[Tatar]]) yang menguasai kerajaan-kerajaan kecil Rusia, dan juga sejak sekitar [[1480]] oleh [[Ivan III dari Russia|Ivan III]] dari [[Moscow]] selepas penegasan [[kemerdekaan]]nya daripada [[Angkatan Kencana]] dan mungkin juga selepas [[perkahwinan]]nya dengan pewaris wanita [[Empayar Byzantine]].
 
Pemerintah [[Muskovit]] telah diiktiraf sebagai maharaja oleh Maharaja [[Empayar RomanSuci HolyRom]] pada tahun [[1514]], semasa pemerintahan [[Vasili III dari Rusia|Vasili III]], walaupun pemerintah Rusia pertama yang dimahkotai sebagai ''tsar'' secara rasmi ialah [[Ivan IV Dahsyat]] pada tahun [[1547]]. Pada tahun [[1721]], sebuah [[edik]] daripada [[Peter I dari Rusia|Peter I Agung]] memutuskan bahawa ''imperator'' yang merupakan gelaran berdasarkan [[bahasa Latin]] harus digunakan sebagai ganti, tetapi ''tsar'' yang merupakan padanan Slaviknya, masih biasa digunakan secara rasmi untuk pelbagai gelaran yang menandakan penguasaan bekas [[kekhanan]] Mongolia yang diserapkan oleh negara Muskovit itu. Oleh itu, transliterasi untuk gelaran ini dalam bahasa-bahasa asing seperti [[bahasa Inggeris]] biasa juga digunakan, terutamanya untuk maharaja-maharaja Rusia sehingga tahun [[1917]].
 
Istilah "Tsar" ialah padanan tepat untuk "[[Maharaja]]", tetapi ini dikaburkan sebahagian oleh pembaharuan [[1721]] oleh Peter Agung. Perubahan gayanya dari ''tsar'' ke ''imperator'' tidak menunjukkan kenaikan pangkat ke taraf kemaharajaan, tetapi merupakan perubahan yang selaras dengan dasar-dasar pembaratannya. Tanggapan bahawa gelaran ''tsar'' adalah sama dengan ''raja'' atau taraf pertengahan antara "raja" dengan "maharaja" merupakan satu tanggapan salah yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, termasuk penutur-penutur bahasa Slavik yang moden, khususnya oleh para penulis bukan pakar yang menulis dalam bahasa-bahasa asing.
Baris 16:
Harus diperhatikan bahawa penggunaan istilah "tsar" secara tidak formal kekadang digunakan dalam bahasa-bahasa Slavik untuk raja-raja yang mempunyai status yang lebih rendah. Ini sebahagian disebabkan oleh terbitannya daripada ''basileus'', istilah Yunani asal yang fleksibel (''basileus'' kemudian beransur-ansur membawa maksud yang hampir sama dengan "raja" dalam [[Zaman Keyunanian]], dan sama sahaja dengan "maharaja" dari permulaan [[Empayar Rom]]), dan sebahagian disebabkan gelaran ini telah biasa kepada orang taklukannya. Umpamanya, raja-raja [[Bible|Bibal]] yang lazim digelarkan "''king''" (raja) dalam bahasa Inggeris digelarkan ''basileus'' dalam bahasa Greek dan ''tsar'' dalam bahasa Bulgaria dan Rusia, bukan kerana baginda-baginda itu merupakan maharaja (gelaran kemaharajaan tidak muncul sehingga zaman Rom), tetapi gelaran itu digunakan oleh pemerintah-pemerintah itu sendiri dan kitab Bible diterjemahkan dalam bahasa Greek dan Slavik semasa pemerintahan mereka.
 
Dengan sebab yang sama, terbitan-terbitan bahasa Slavik moden menggunakan istilah 'tsar' secara salah masa untuk [[Assyria]], [[Babylonia]], dan [[Parsi]]. Dalam konteks ini, ''raja'' yang merupakan gelaran asing (kecuali di Serbia) dikhaskan untuk raja-raja [[Eropah]] yang mempunyai status raja, berbanding maharaja. Lagi satu amalan yang informal dan mengelirukan ialah pengolahan gelaran maharaja-maharaja asing oleh para penulis bahasa Slavik moden. Sumber-sumber zaman pertengahan bahasa Bulgaria, Rusia, dan Serbia menterjemahkan ''maharaja'' sebagai ''tsar'' secara sembarangan; begitu juga dengan penulis Serbia moden. Bagaimanapun, bahasa Bulgaria dan Rusia moden menggunakan ''imperator'' (''император'') untuk maharaja asing (umpamanya maharaja [[Empayar Rom|Rom kuno]], [[Empayar Byzantine]], [[Empayar RomanSuci HolyRom]] serta 'pewaris-pewaris' Katoliknya, dan sebagainya).