Mashaf Uthmani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Islam}}
Ketika zaman pemerintah Uthman bin Afan berlaku perbezaan yang ketara mengenai cara bacaan [[Al-Quran]]. Disebabkan oleh itu [[Uthman bin Afan]] telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa). Selepas itu [[Uthman bin Afan]] telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna. Salinan tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.
 
'''Mushaf Uthman''' ialah versi [[al-Quran]] yang diterbitkan oleh [[Uthman bin Afan]]. "Mushaf" ialah perkataan [[bahasa Arab]] yang secara harfiah, bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah [[kitab]] al-Quran.
[[Category:Islam]]
 
Ketika orang-orang [[Sham]] dan [[Iraq]] bersatu dalam sebuah [[peperangan]] untuk menaklukkan [[Arminya]] dan [[Adharbijan]], [[Hudhaifa bin Al-Yaman]] bertemu dengan Uthman kerana beliau takut tentang perbezaan cara pembacaan al-Quran antara orang-orang Sham dengan orang-orang Iraq. Hudhaifa berkata kepada Uthman: "O ketua Penganut-penganut Islam! Selamatkanlah negara ini sebelum mereka berbeza terhadap Kitab (al-Quran), sebagaimana dengan pengalaman orang [[Yahudi]] dan orang [[Kristian]] dahulu."
 
Oleh itu, Uthman menghantar satu perutusan kepada Hafsa yang mengatakan: "Kirimkanlah suhuf kepada kami supaya kami dapat menyusun bahan-bahan al-Quran dalam salinan-salinan yang sempurna dan memulangkan manuskrip-manuskrip kepada kamu."
 
Setelah penerimaan manuskrip-manuskrip tersebut, Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip itu dalam salinan-salinan yang sempurna. Uthman bertitah kepada tiga orang Quarishi itu, "Jika kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit bagi mana-mana satu perkara dalam al-Quran, tulislah dalam loghat Quraish kerana al-Quran diwahyu dalam bahasa ibunda mereka". Ketika mereka telah menulis banyak salinan, Uthman memulangkan manuskrip-manuskrip yang asal kepada Hafsa. Kemudian, Uthman menghantar satu salinan kepada setiap wilayah Islam dan memerintah bahawa bahan-bahan al-Quran yang lain, baik ditulis dalam manuskrip cebisan mahupun dalam salinan yang lengkap, dibakar.
 
 
==Rujukan==
* [http://www.theholybook.org/en/a.49281.html Mukjizat al-Quran]
 
 
[[CategoryKategori: Islam]]