Perbezaan antara semakan "Jata Malaysia"

4 bait dibuang ,  10 tahun lalu
k
bot mengubah: tr:Malezya arması; perubahan kosmetik
k (Bot: Penggantian teks otomatis (-[[Category: +[[Kategori:))
k (bot mengubah: tr:Malezya arması; perubahan kosmetik)
[[ImageFail:Coat of arms of Malaysia.png|thumb|right|250px|Jata negara Malaysia.]]
'''Lambang Malaysia, atau ''Jata Negara''''' menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]], dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama [[Islam]] - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] dahulu ([[Johor]], [[Kedah]], [[Perlis]], [[Kelantan]] dan [[Terengganu]]).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri [[Pulau Pinang]] dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri [[Melaka]]. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari [[Negeri-negeri Selat]] dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna [[Pahang]]; merah dan kuning warna [[Selangor]]; hitam, putih dan kuning warna [[Perak]]; merah, hitam dan kuning warna [[Negeri Sembilan]]. Empat buah negeri ini ialah [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]] yang asal.
[[ImageFail:Malaysia_Coat_of_Arms_-_embossed.png|right|250px|thumb|Jata Negara Malaysia yang asal.]]
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri [[Sabah]] di sebelah kiri dan [[Sarawak]] di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan [[tulisan Rumi]] di sebelah kiri dan [[tulisan Jawi]] di sebelah kanan.
 
[[Warna]] kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
 
== Sumber ==
 
* ''Dipetik daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, W.P. Labuan dan merupakan maklumat umum.''
[[sv:Malaysias statsvapen]]
[[th:ตราแผ่นดินของมาเลเซีย]]
[[tr:Malezya Armasıarması]]
[[yo:Coat of arms of Malaysia]]
[[zh:馬來西亞國徽]]
76,165

suntingan