Penghantaran automatik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Bagaimana penghantaran automatik berfungsi
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.48.64.19 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Xqbot
Baris 7:
Secara lazimnya, penghantaran automatik merujuk kepada sistem yang menggunakan set gear planetari dan dikendalikan oleh sistem hidraulik. Sistem tersebut banyak digunakan pada [[kereta]] (dan sebahagian kecil kenderaan berat) yang menggunakan penghantaran automatik. Jenis-jenis lain bagi penghantaran automatik termasuklah [[penghantaran semi-automatik|penghantaran automasi manual (AMT)]] seperti yang digunakan oleh kereta [[Proton Savvy]], serta [[transmisi boleh laras berterusan]] (CVT) yang banyak digunakan pada [[skuter]] dan sesetengah model kereta.
 
== Bagaimana penghantaran automatik berfungsi ==
Bahagian utama kotak gear automatik adalah seperti berikut:-
 
# '''Penukar kilasan ''(torque converter)''''' - mengambil alih tugas [[klac]] bagi [[penghantaran manual]] serta menghasilkan sedikit gelinciran bagi membolehkan enjin terus beroperasi tanpa terhenti akibat putaran enjin yang rendah, seperti semasa mengundur ataupun mula bergerak dalam gear 1.
# '''Set gear planetari''' - set gear planetari majmuk dengan klac dan jalur brek dikendalikan oleh servo hidraulik hasil aktiviti sistem hidraulik pada badabadan injap, menghasilkan beberapa nisbah gear termasuk gear undur.
# '''Badan injap''' - pusat kawalan sistem hidraulik yang menerima bendalir penghantaran automatik (ATF) bertekanan tinggi daripada pam utama yang digerakkan oleh penukar kilasan. Tekanan bendalir ATF seterusnya menggerakkan keseluruhan sistem hidraulik yang terdiri daripada sejumlah injap, bebola kawalan, omboh servo, dsb. Sebarang perubahan pada kelajuan enjin, kelajuan kenderaan dan kedudukan injak pendikit mempengaruhi operasi sistem hidraulik, menyebabkan sistem hidraulik menukar gear bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Kini, kebanyakan kotak gear automatik moden dikendalikan secara elektronik, menjadikan rekabentuk badan injap dipermudahkan serta menambah baik kecekapan operasi penghantaran automatik.
# '''Bendalir penghantaran automatik (ATF)''' - ATF digunakan sebagai bendalir bahantara bagi sistem hidraulik pada penghantaran automatik serta melincirkan komponen-komponen dalaman kotak gear. Bendalir ATF perlu diperiksa atau ditukar secara berkala.
 
Penghantaran automatik memanipulasikan pergerakan set [[gear planetari]] (sama ada menahan, membebaskan atau menggabungkan pergerakan komponen gear) bagi menghasilkan beberapa nisbah gear. Set gear planetari dimanipulasi melalui beberapa klac berbilang plat '''(sila ambil perhatian, klac tersebut adalah untuk menukar gear dan bukannya berfungsi seperti klac penghantaran manual)''' dan jalur brek, yang dikendalikan oleh satu sistem hidraulik. Sistem hidraulik tersebut menggunakan bendalir penghantaran automatik (ATF) dan bertindak berdasarkan maklum balas berkaitan kelajuan enjin, kelajuan kenderaan, kedudukan injak pendikit serta kedudukan tombol gear.