Napster: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: hi:नैप्स्टर; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:Napster-logo.png|right|thumb|150px|Logo Napster versi ke-2]]
 
'''Napster''' merupakan perkhidmatan muzik dalam talian yang asalnya merupakan khidmat [[perkongsian fail]] dicipta oleh [[Shawn Fanning]]. Napster meninggalkan kesan besar pada dunia [[Internet]] dalam tahun [[2000]]. Teknologinya membenarkan peminat muzik untuk berkongsi lagu dalam format [[MP3]] dengan mudah sesama sendiri, dengan itu menyebabkan pencabulan [[hakcipta]] yang teruk. Perkhidmatan itu dinamakan ''Napster'' sempena nama gelaran Fanning.
 
Napster asal dibebaskan pada musim luruh 1999. Ia merupakan yang pertama dari sistem perkongsian fail [[rakan-ke-rakan|rakan-ke-rakan (''peer-to-peer'')]] yang amat di gemari ramai, walaupun ia bukannya sistem perkongsian fail [[rakan-ke-rakan]] yang sempurna kerana ia menggunakan pelayan pusat untuk menyimpan senarai sistem yang mempunyai sambungan, dan nama fail yang terdapat di situ, sementara transaksi dilaksanakan secara langsung antara mesin tersebut, dan tidak melalui pelayan pusat.
Baris 16:
Ketika itu, ramai penyokong Napster yang kehairanan. Kepada mereka, ia kelihatan bahawa perkongsian fail adalah salah satu ciri Internet, dan bukannya semata-mata terhad kepada Napster semata-mata, Napster hanya bertindak sebagai enjin pencari. Ramai yang menyatakan bahawa cubaan menutup Napster hanya akan mendorong orang ramai untuk menggunakan medium berlainan untuk berkongsi fail melalui Internet (seperti yang berlaku dengan aturcara [[rakan ke rakan]] seperti [[Audiogalaxy]], [[aturcara Morpheus]], [[Gnutella]], dan [[KaZaA]]). Selain itu juga, ramai penyokong Napster bimbang mengenai penggunaan perkataan "tapak" untuk menggambarkan perkhidmatan tersebut (sedangkan ia adalah aturcara dan bukannya laman web), perkataan yang membayangkan bahawa Napster bertanggungjawab menyebarkan fail tersebut dan bukannya membantu orang berkongsi.
 
Pada Julai 2001, seorang hakim telah mengeluarkan perintah larangan memerintah pelayan Napster ditutup bagi menghalang pelanggaran hakcipta berterusan. Pada 24 September 2001, kes tersebut separuh selesai. Napster bersetuju membayar pencipta lagu dan pemilik hakcipta US $26 juta sebagai pampasan penggunaan muzik masa lalu, dan juga sebagai bayaran muka untuk lesen royalti masa depan sebanyak US$10 juta. Untuk membayar yuran tersebut, Napster berusaha untuk menukarkan perkhidmatan percuma mereka kepada khidmat langgangan. Penyelesaian prototaip diuji pada musim panas 2002, tetapi tidak pernah dibebaskan kepada umum.
 
Pada 17 Mei [[2002]], Napster mengumumkan bahawa hartabendanya akan diambil alih oleh firma media [[Jerman]] [[Bertelsmann AG]] untuk US $8 juta.
Baris 51:
[[fr:Napster]]
[[ko:냅스터]]
[[hi:नैप्स्टर (Napster)]]
[[it:Napster]]
[[he:נאפסטר]]