Hippie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
DSisyphBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: ia:Hippie
Baris 18:
[[Fail:Flower-Power Bus.jpg|250px|left|thumb|Van [[Volkswagen]] yang penuh dengan mesej anti-perang sinonim dengan budaya hippie lewat 1960-an]] Pada tahun [[1967]], golongan beatnik, spiritual, artisan, sasterawan, seniman, dan pemuzik yang telah berpindah ke kawasan [[Haight-Ashbury]] di bandar [[San Francisco]] menjadi terkenal setelah gaya hidup bebas dan budaya hedonis mereka tersebar luas. Remaja-remaja dan golongan belia dari seluruh negara Amerika dan juga dari negara Eropah dan Asia tertarik dengan gaya hidup di San Francisco dan mula bermigrasi ke bandar raya tersebut. Keadaan ini mencetuskan "Summer of Love" 1967 ataupun Musim Panas Cinta, maka lahirlah budaya hippie.
 
Ribuan remaja yang lari dari rumah, pelajar kolej dan golongan muda berkumpul di Haight-Ashbury untuk menjadi "hippies" yang mencintakanmencinta keamanan, dan kebebasan. Mereka menyimpan bunga di rambut mereka untuk melambangkan keamanan. Remaja-remaja naif mencuba dadah dan melakukan hubungan seks. Pakaian singkat dan mendedahkan di antara perempuan menjadi popular, manakala lelaki pula menyimpan jambang dan rambut terlalu panjang. Budaya dan pakaian dari Timur juga popular, termasuklah agama [[Hindu]] dan [[Buddha]]. Timothy Leary, yang merupakan bekas profesor di [[Universiti Harvard]], mengetuai budaya dadah [[LSD]] dan mempromosikan dadah tersebut sebagai "pembuka minda kerohanian" di komuniti Haight-Ashbury. Walaupun tidak menyebabkan ketagihan, memiliki LSD salah di sisi undang-undang.
 
Apabila musim panas 1967 berakhir, golongan belia yang balik ke seluruh dunia menyebarkan ideologi-ideologi kebebasan, seks bebas, anti-perang, spiritual, dan mempopularkan budaya hippie seperti fesyen bohemian, rambut panjang, pengambilan [[dadah]], dan pesta-pesta yang menyerupai musim panas cinta di [[San Francisco]].