Hippie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 34:
[[Fail: Woodstock69.jpg|thumb|300px|left|Konsert Woodstock 1969]]
 
Gerakan hippie mencapai kemuncak pada tahun 1969, di mana lebih 500,000 belia berkumpul di sebuah ladang di pekan [[Bethel]], [[New York]] untuk menghadiri konsert rock [[Woodstock]] yang berlangsung selama 3 hari. Walaupun mengalami masalah trafik yang teruk, kesesakan, kekurangan bekalan makanan, dan ribut petir, hippie-hippie di Woodstock berjaya menjayakan pesta tersebut. Mereka bermandianbermandi lumpur dan hujan, berbogel, dan mengadakan beberapa "rusuhan" yang aman untuk meghentikan hujan. Antara pemuzik pemuzik yang turut serta adalah [[The Who]], [[Carlos Santana]], [[Joan Baez]], [[Jimi Hendrix]], [[Janis Joplin]] dan ramai lagi pemuzik yang mengasaskan kegemilangan dan kegilaan muzik rock. Dokumentari tentang 3 hari tersebut menunjukkan bahawa budaya hippie yang memperjuangkan cinta, keamanan, dan kebebasan mungkin akan berjaya walaupun ditentang golongan lebih tua.
 
Pada awal 1970-an, kegilaan budaya hippie mula hilang. Ramai belia yang terjebak dengan dadah kehilangan arah hidup, dimasukkan ke wad ataupun menjadi pengemis kerana lari dari rumah. Hippie yang lain sedar akan budaya hedonis mereka dan menyertai alam pekerjaan, mengabaikan kepercayaan hippie mereka yang anti-budaya umum dan korporat. Pada Mei 4, 1970, satu rusuhan anti-perang Vietnam di Kent State University bertukar menjadi ngeri apabila beberapa pelajar mati ditembak oleh pihak sekuriti negara. Ini merupakan satu tindakan terdesak oleh presiden dan kerajaan Amerika untuk menghapuskan para hippie dan memastikan sokongan dan kepatuhan rakyat. Pembunuhan ngeri oleh "guru" hippie Charles Manson dan pengikutnya yang sesat dalam budaya hippie menjatuhkan lagi populariti budaya ini (namun kepercayaan [[Charles Manson]] tentang pembunuhan dan kematian bercanggah dengah kepercayaan hippie yang sebenar, iaitu cinta dan keamanan). Faktor-faktor ini menyumbang kepada kejatuhan budaya hippie pada tahun 70-an.