Badan Peguam Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kaihsu (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Arteyu (bincang | sumb.)
membersihkan, mengemaskini rencana, replaced: File: → Fail: using AWB
Baris 5:
 
== Struktur organisasi ==
[[FileFail:Bar Council Malaysia Teoh Beng Hock dalam kenangan.JPG|thumb|right|Wisma Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur.]]
Badan Peguam Malaysia terdiri daripada tiga enam (36) ahli yang dipilih setiap tahun untuk menguruskan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini:
* Presiden
Baris 61:
Pada [[27 September]] [[2007]] seramai 1500 anggota Badan Peguam telah berarak panjang dari bangunan [[Palace of Justice|Istana Keadilan]] ke [[Dataran Putra]], [[Putrajaya]] bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus. Perarakan itu diketuai oleh Presiden Badan Peguam, [[Ambiga Sreenevasan]] dan dinamakan "''walk of justice''". Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh [[polis]] dari [[Unit Simpanan Persekutuan]] (FRU).
 
Turut serta ialah naib presiden Badan Peguam [[Ragunath Kesavan]] dan setiausaha majlis itu [[Lim Chee Wee]] serta peguam terkenal [[Malik Imtiaz Sawar]], Tommy Thomas, N. Sivanathan dan [[Sivarasa Rasiah]]. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5  km selama 45 minit secara aman, tanpa kekacauan.
 
Mereka menyerahkan dua memorandum kepada [[setiausaha politik Perdana Menteri]] Datuk [[Wan Farid Wan Salleh]]. Dua memorandum itu ialah:
Baris 69:
Krisis dalam bidang kehakiman mungkin terjadi apabila parti pembangkang mengambil kesempatan. Tan Sri Dr [[Koh Tsu Koon]] selaku [[Ketua Menteri Pulau Pinang]] bimbang integriti peguam yang tercalar ini akan menjejaskan kepercayaan para pelabur ke [[Malaysia]].
 
Kerajaan Malaysia telah bersetuju menyiasat kesahihan [[Klip Video Linggam|rakaman video]] tahun tersebut. Panel bebas tiga anggota diketuai bekas [[Hakim Besar Malaya]] Tan Sri [[Haidar Mohd Noor]], bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk [[Mahadev Shankar]] dan aktivis sosial Tan Sri [[Lee Lam Thye]] ditugaskan untuk menyiasat. Surat pelantikan daripada [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] diserahkan secara rasmi pada hari tersebut kerana Perdana Menteri berada di [[PBB]]. [[Abdullah Ahmad Badawi]] selaku [[Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia]] mestilah mengarahkan polis menyiasat secepat mungkin.<ref>http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286483</ref> Siasatan panel ini mampu memastikan sistem kehakiman di negara ini berintegriti.
 
Menteri Penerangan Datuk Seri [[Zainuddin Maidin]] membidas Majlis Peguam tidak profesional kerana mengutip rakaman video daripada blog internet yang kebenarannya diragui dan rakaman sebelah pihak .<ref>http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287377</ref>
Baris 76:
 
===Perarakan Hak Asasi Manusia===
Majis Peguam pada mulanya merancang perarakan [[hak asasi manusia]] sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada [[10 Disember]] 2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi Muzik, Budaya dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada [[polis]]. [[Ketua Polis Negara]], Tan Sri [[Musa Hassan]] menjelaskan bahawa setiap perhimpunan mestilah mendapat permit sebagaimana tuntutan Perkara 10(2) [[Perlembagaan Persekutuan Malaysia]]. Presiden Majlis Peguam, [[Ambiga Sreenevasan]] tidak dapat menerima syarat polis ini kerana syarat itu jelas mencabul hak berhimpun secara aman. Dato Mohamad Nazri Aziz mencadangkan Majlis Peguam membawa kes itu mahkamah untuk menentukan tafsiran Perkara 10(2) dan Akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan. Dalam hal ini Majlis Peguam dan pembangkang 'senada' sahaja. <ref>http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a</ref>
 
Pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Majlis Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur]] (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam .
Baris 88:
Pada 7 Mei 2009 Lima peguam iaitu Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalilwal, dan Syuhaini Safwan ditahan di [[Balai Polis Brickfields]] ketika cuba berjumpa dengan tahanan yang terbabit dengan protes penangkapan aktivis, [[Wong Chin Huat]]. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokannya.Mereka dari dari [[Biro Bantuan Guaman]] [[Kuala Lumpur]] dan ahli Majlis Peguam Malaysia .
 
Pada 23 Jun 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri [[Nazri Aziz]] menerima memorandum mengenai penangkapan tersebut daripada Majlis Peguam yang diwakili Presiden [[Ragunath Kesavan]]. Beliau berjanji memastikan “rule of law” atau kedaulatan undang-undang negara ini sentiasa diutamakan. <ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090623171912/Article/ Penangkapan peguam: Kerajaan ambil tindakan sewajarnya]</ref>
 
== Rujukan ==
Baris 96:
* [http://www.malaysianbar.org.my/bar_council.html Laman web rasmi Badan Peguam Malaysia]
 
[[Kategori: Pertubuhan di Malaysia]]
 
[[en:Malaysian Bar]]