Joanne Kathleen Rowling: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ptbotgourou (bincang | sumb.)
k bot mengubah: da:J.K. Rowling
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: fy:Joanne Rowling; perubahan kosmetik
Baris 7:
<br clear=left>
 
== Perintis Harry Potter ==
Sebagai seorang graduan [[Universiti Exeter]], Rowling berpindah ke [[Portugal]] pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran [[Bahasa Inggeris]]. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun [[1993]]. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, [[Harry Potter dengan Batu Hikmat|Harry Potter and the Philosopher's Stone]] untuk jumlah sebanyak AS$4,000.
 
Baris 14:
Buku keenam, [[Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan|Harry Potter and the Half-Blood Prince]], juga telah dilancarkan secara rasminya serentak di seluruh dunia pada 12.01 malam 16 Julai 2005. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di Kastil Edinburgh. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temu ramah dan meluangkan masa dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini, majlis pelancaran buku keenam di seluruh dunia lebih mendapat perhatian daripada pelancaran buku Harry Potter yang lain.
 
== Dari Buku ke Layar Perak ==
[[Harry Potter and the Sorcerer's Stone (filem)|Harry Potter and the Sorcerer’s Stone]] telah diterbitkan di layar perak di bawah arahan yang mula ditayangkan pada 16 November 2001. Pada hujung miggu pembukaannya di [[Amerika Syarikat]], ia telah menempa rekod dengan keuntungan dianggarkan AS$93.5 juta (AS$20 juta lebih banyak dari pemegang rekod terdahulu iaitu filem 1999, ''The Lost World: Jurassic Park''). Pada hujung tahun itu, ia telah menjadi filem paling banyak mendapat untung kasar pada 2001. Sekuel filem bagi siri ini, [[Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem)|Harry Potter and the Chamber of Secrets]], mula ditayangkan pada 15 November 2002 dan menjadi filem ketiga bagi pembukaan hujung minggu terbaik dalam sejarah pecah panggung.
 
Filem ketiga, [[Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (filem)|Harry Potter and the Prisoner of Azkaban]] telah mula ditayangkan pada 4 Jun 2004 manakala filem keempat, [[Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)|Harry Potter and the Goblet of Fire]] telah ditayangkan di Malaysia pada 17 November 2005. [[Harry Potter and the Order of the Phoenix (filem)|Filem kelima]] pula adalah pada 12 Julai 2007.
 
== Keluarga ==
Penghujung Disember 2001, Rowling berkahwin dengan Dr. Neil Murray di rumah mereka di [[Scotland]]. Anak kedua mereka dan anak lelaki pertama mereka, David Gordon Rowling Murray, dilahirkan pada 24 Mac 2003, di Royal Infirmary, Edinburgh. Untuk menjaga anaknya itu, Rowling mengatakan yang dia akan kurang muncul di khalayak ramai dan menandatangani buku kelima yang pada ketika itu baru dilancarkan. Tak berapa lama selepas mengumumkan yang buku keenam siri Harry Potter telah sempurna dikarang, Rowling melahirkan anak perempuan pada 23 Januari 2005 dan dinamakan Mackenzie Jean Rowling Murray.
 
Kini, J .K. Rowling telahpun menerbitkan buku ketujuh dan penamat bagi siri tersebut pada 21 Julai 2007. Beliau mengatakan yang beliau tidak akan menyambung lagi siri itu dan beliau ingin mencuba mengarang suatu genre yang baru.
 
== Lihat juga ==
* [[Harry Potter]]
 
== Pautan Pilihan ==
* {{en}} [http://www.jkrowling.com Laman web rasmi J.K. Rowling]
* {{en}} [http://www.mugglenet.com/jk.shtml Laman khas tentang J.K. Rowling]
Baris 66:
[[fo:J.K. Rowling]]
[[fr:J. K. Rowling]]
[[fy:Joanne Rowling]]
[[ga:J. K. Rowling]]
[[gl:J. K. Rowling]]