Sate: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SassoBot (bincang | sumb.)
k bot membuang: fi:Satay
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: bjn:Sété; perubahan kosmetik
Baris 1:
{{EMasak}}
[[ImejFail:YosriSatay.jpg|thumb|350px|Sate ayam.]]
 
'''Sate''' (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada [[lidi]] [[kelapa]] / [[buluh]] dan dibakar menggunakan api [[arang kayu]].
Baris 16:
Kebanyakan orang [[Melayu]] tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan [[nasi]] dalam bentuk [[ketupat sate|ketupat]]. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. [[Kuah sate]] disediakan daripada [[kacang]] yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai [[herba]]. [[Bau]] yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan [[bawang merah]] dan [[timun]], selain ketupat nasi atau [[nasi himpit]].
 
[[ImejFail:Yosri2004Satay.jpg|thumb|350px|Sate ayam.]]
 
[[ImejFail:YosriSatayAmpaiAmpai.jpg|thumb|Satay ampai-ampai.]]
 
Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate [[Kajang]]. Di [[Bayan Baru]], [[Pulau Pinang]] ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di [[Ipoh]], [[Muar]] dan [[Johor Bahru]].
 
Sate bukan menu makanan [[Melayu]] semata-mata. Sate turut popular di negara-negara [[Asia Tenggara]] lain. Di [[benua]] [[Amerika Selatan]] iaitu di negara [[Guyana]] ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.
 
Kita sedia maklum ramai orang [[Indonesia]] dibawa oleh penjajah [[Belanda]] ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua [[Amerika Selatan]].
 
Di Malaysia sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji [[Tasmin bin Sakiban]] di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau adalah jenis [[perniagaan bergerak]] ataupun peniaga kandar. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem [[Pontianak Gua Musang]].
 
Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.
Baris 34:
[[Kategori:Makanan]]
 
[[bjn:Sété]]
[[id:Sate]]
[[de:Satay]]