Cosmo dan Wanda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Along (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Cosmo Cosma dan Wanda Fairywinkle Cosma adalah pari-pari yang dihantar kepada Timmy Turner. Mereka bertanggungjawab untuk menggantikan ibu bapa Timmy yang tida...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:48, 26 Oktober 2010

Cosmo Cosma dan Wanda Fairywinkle Cosma adalah pari-pari yang dihantar kepada Timmy Turner. Mereka bertanggungjawab untuk menggantikan ibu bapa Timmy yang tidak bertanggungjawab dan kurang pendidikan. Untuk menyimpan rahsia, mereka biasanya akan menyamar sebagai ikan emas peliharaan Timmy dan tinggal di dalam balang ikannya. Nama Wanda dipercayai diambil dari filem tahun 1988 yang berjudul A Fish Called Wanda. Nam penuhnya telah didedahkan di dalam "77 Secrets of the Fairly OddParents Revealed". Timmy dilarang sama sekali daripada mendedahkan kewujudan Cosmo dan Wanda. Sekiranya didedahkan, mereka akan hilang selama-lamanya. Di dalam permulaan Musim 6, mereka mempunyai bayi pari-pari yang pertama dilahirkan di dalam tempoh 10 000 tahun di mana Timmy menamakannya sebagai Poof. Melalui kerjaya mereka sebagai ibu bapa penjaga pari-pari, mereka telah dihantar kepada banyak ikon yang masyhur seperti Tina Turner dan Bill Gates. Sebelum kelahiran Poof, Cosmo adalah pari-pari yang paling muda yang pernah wujud. Cosmo adalah pari-pari yang suka bermain-main manakala Wanda pula adalah pari-pari yang serius dan amat mengambil berat.