Perbezaan antara semakan "Perjanjian Inggeris-Siam 1909"

tiada ringkasan suntingan
'''Perjanjian Inggeris-Siam 1909''', dikenali juga sebagai '''Perjanjian Bangkok 1909''', ialah perjanjian antara [[United Kingdom]] dan [[Thailand]] pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di [[Bangkok]] pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam<ref>Sejarah penggarisan dan penetapan sempadan negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 oleh Nik Anuar Nik Mahmud dalam jurnal, Malaysia Dalam Sejarah Bil 22-1994, Persatuan Sejarah Malaysia</ref>. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah menyatakan kepada W.D Beckett seorang pegawai pejabat kedutaan British di Bangkok pada tahun 1907 akan hasratnya untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Kedah, Terangganu dan Kelantan sahaja kepada Britain sebagai ganjaran<ref>surat Paget kepada Grey, 29 April 1907 FO 422/62</ref>. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat apabila Strobel menulis cadangan itu secara bertulis seperti berikut:
 
''The Progress of Siam has been such of late years that i think the time has arrived when this goverment may look forward to more control over its own affairs and to less interference from without. To obtain such control is, my opinion well worth sacrificeof territory over which the Goverment does not excercise effective control and about which questions of difficulty may arise.<ref>surat Strobel''In kepadapursuance, Pagettherefore, 1of Julaisuch 1907policy FOof 422/61</ref>''which the late Treaty with France is an example, I should be willing to propose to the Siamese Government the cession to Great Britain of the states of Kelantan, Trengganu, and Kedah, provided that the British Government would be willing to make the following concessions
1. The abrogation of the Secret Agreement of 1897;
2. The giving up of exterritoriality, at least to the extent which has been yield by France by the Treaty of the 23rd March this year.''<ref>surat Strobel kepada Paget, 1 Julai 1907, FO 422/61</ref>
 
= Latar belakang perjanjian =
Pengguna awanama