'''Islam (الإسلام)''' ialah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) dan merupakan agama monoteisme terakhir yang muncul selepas [[Kristian]] dan [[Yahudi]]. Pengikutnya percaya Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasulnya, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan akhirnya Muhammad.