Pelindung batuan Bhimbetka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Pelindung batuan Bhimbetka''' (Devanagari: भीमबेटका पाषाण आश्रय) ialah tapak arkeologi Warisan Dunia yang terletak di Da...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:50, 12 November 2010

Pelindung batuan Bhimbetka (Devanagari: भीमबेटका पाषाण आश्रय) ialah tapak arkeologi Warisan Dunia yang terletak di Daerah Raisen di negeri Madhya Pradesh, India. Pelindung-pelindung itu menampilkan kesan terawal kehidupan manusia di India, dengan sejumlah analisis menunjukkan bahawa sesetengah pelindung itu telah dihuni oleh manusia selama melebihi 100,000 tahun. Beberapa lukisan batuan dari Zaman Batu yang ditemui di kawasan pelindung batuan Bhimbetka berusia sekitar 30.000 tahun.

Nama "Bhimbetka" berkait dengan Bhima, seorang pahlawan-dewa daripada epik Mahabharata yang terkenal kerana kekuatannya yang amat sangat berkuasa. Perkataan "Bhimbetka" juga dikatakan berasal daripada "Bhimbaithka" yang membawa pengertian "tempat duduk Bhima".