Ideologi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.
Di dalam laman sesawang Wikipedia pula menerangkan bahawa ideologi adalah “satu gagasan idea yang mempunyai tujuan tertentu, mengubah tingkah laku dan perasaan manusia. Ideologi boleh berubah menjadi satu visi yang komprehensif sebagai salah satu jalan untuk melihat sesuatu perkara yang terdapat di sekeliling. Ia juga membangkitkan semangat baru dan berlaku percampuran antara ilmu falsafah atau gagasan idea yang diasaskan oleh mereka yang memegang kelas dalam masyarakat dengan tujuan kegunaan ahli dalam kelompok mereka”.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.