Senarai Episod Dragon Ball Kai Musim Ketiga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dean amx (bincang | sumb.)
Dean amx (bincang | sumb.)
Baris 154:
| OriginalAirDate = 27 Jun 2010
| ShortSummary = Cyborg 20 tidak dapat dikesan dan kembali ke makmal untuk membangkitkan Cyborg 17 dan 18 iaitu Cyborg yang menghuru-harakan masa depan Trunks. Sementara itu, Trunks menyelamatkan ibunya dan dirinya yang muda dan menyalahkan Bezita kerana gagal melindungi keluarganya. Bulma mendedahkan bahawa Cyborg 20 merupakan pencipta Cyborg itu sendiri iaitu Doktor Gero yang kemudiannya menukarkan dirinya menjadi Cyborg juga. Mereka berpecah dan mencari makmal itu dan perlu memusnahkannya sebelum Doktor Gero mengaktifkan Cyborg 17 dan 18. Bezita juga mencari Cyborg dengan tujuan untuk melawan mereka. Trunks mengejar bapanya untuk menghalangnya sementara Pikolo mendedahkan asal-usul Trunks. Kemudian, Pikolo, Kurilin dan Ten Shin Han berpecah untuk mencari makmal Doktor Gero sementara Gohan membawa Bulma, Trunks bayi dan Yajirobe ke rumah Goku. Dalam pencarian, Kurilin diserang Doktor Gero tetapi dilepaskan Doktor Gero kerana terkesan tenaga Pikolo. Dia kemudiannya menghilangkan diri.
| LineColor = DCBCFF
}}
{{Japanese episode list
| EpisodeNumber = 64
| EnglishTitle = Cyborg 17, 18 dan...! Manusia Tiruan Bangkit!
| KanjiTitle = 17号と18号、そして…!目覚める人造人間たち
| JapaneseTitle = Jūnana Gō to Jūhachi Gō, Soshite...! Mezameru Jinzōningen-tachi
| OriginalAirDate = 11 Julai 2010
| ShortSummary = Doktor Gero akhirnya sampai di makmal sambil diekori Kurilin secara senyap. Ten Shin Han, Pikolo, Bezita dan Trunks dapat mengesan ''ki'' Kurilin setelah Kurilin mengumpul tenaga lalu datang ke makmal itu. Pintu makmal itu dimusnahkan dan kelihatan Doktor Gero telah mengaktifkan Cyborg 17 dan 18. Cyborg 17 dan 18 pada mulanya taat pada Doktor Gero. Dalam diam, Cyborg 17 menghancurkan alat kawalan mereka sementara Cyborg 18 mengaktifkan Cyborg 16 iaitu sejenis Cyborg serba mekanikal yang merupakan salah satu hasil kajian yang gagal daripada Doktor Gero. Cyborg 17 kemudiannya membunuh Doktor Gero kerana diancam untuk dinyahaktifkan. Trunks menembak dengan serangan tenaga yang besar dengan harapan supaya Cyborg 18 tidak dapat mengaktifkan Cyborg 16. Walaupun seluruh makmal musnah, Cyborg 16, 17 dan 18 tidak musnah sama sekali. Mereka kemudiannya berbalik kepada misi asal mereka iaitu membunuh Son Goku. Merekka dihalang Bezita yang mencabar mereka bertarung. Cyborg 16 menolak untuk berlawan. Oleh itu, Cyborg 18 mahu berlawan.
| LineColor = DCBCFF
}}