Sang Nila Utama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ChempakaBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-[[Category: +[[Kategori:)
Xqbot (bincang | sumb.)
k [r2.5.2] bot menambah: ta:நீல உத்தமன்; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Sang Nila Utama''' ialah seorang putera [[Melayu]] dari keturunan diraja [[Srivijaya]] yang menubuhkan kerajaan [[Singapura]] lama pada tahun 1324. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).
 
== Asal Usul ==
 
Menurut [[Sejarah Melayu]], Sri Nila Pahlawan dari keturunan [[Zulkarnain|Iskandar Zulkarnain]] (bukan [[Alexander Agung]]) muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita.
Baris 11:
Selepas serangan hebat tentera [[Majapahit]] pada kurun ke-13, baginda dan keluarga diraja yang lain berpindah ke Bintan dan baginda mangkat di sana. Baginda digantikan putera keduanya, Sang Nila Utama yang memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana".
 
== Menubuhkan Singapura lama ==
 
Ketika pergi memburu di sebuah pulau, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan mengejarnya sehingga baginda sampai ke sebuah batu besar. Baginda membuat keputusan memanjat batu tersebut hingga ke puncaknya lalu ternampak sebuah pulau lain dengan pantai yang putih dan cantik.
 
Baginda diberitahu oleh salah seorang menterinya yang pulau itu ialah [[Temasek]]. Baginda membuat keputusan untuk melawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana kapal baginda dipukul ribut yang kuat dan dimasuki air.
Baris 27:
Sang Nila Utama terus memerintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat pada tahun 1372 dan dimakamkan di [[Bukit Larangan]] (hari ini [[Fort Canning Hill]]).
 
== Warisan ==
Selepas kemangkatan baginda, 3 lagi raja memerintah Singapura iaitu Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
 
Baris 34:
Sang Nila Utama ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan dalam [[Sejarah Melayu]] sebagai nenek moyang legenda raja-raja Melayu. Dari keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan di alam Melayu seperti [[Kesultanan Melayu Melaka|Melaka]], [[Sejarah Johor|Johor]] dan [[Sejarah Perak|Perak]]. Sultan Perak ke-34, [[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Sultan Azlan Muhibbuddin Shah]] (1984 - sekarang) ialah keturunan langsung dari Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I (1528 - 1549), iaitu salah seorang putera [[Sultan Mahmud Shah]] (1488–1528), Sultan Melaka terakhir.
 
== Lihat juga ==
* [[Parameswara]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
* [http://www.royalark.net/Malaysia/malacca2.htm Keluarga Diraja Melaka dan Johor]
 
 
[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
Baris 47 ⟶ 46:
[[en:Sang Nila Utama]]
[[es:Sang Nila Utama]]
[[ta:நீல உத்தமன்]]