Lubuk Terua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
Sekolah tersebut dipindahkan kerana tapak lamanya sering di landa banjir dan kawasan sekitarnya agak merbahaya kerana terlalu hampir dengan sungai. Pada ketika itu hampir setiap tahun kanak-kanak mati lemas kerana bermain dan mandi di 'Jamban' balak di sungai tersebut. Sekolah itu kini hanya menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelajar yang melaluinya. Lubuk Terua kini telah berubah wajah daripada sebuah kampong kecil menjadi pusat ECER Pertanian yang terletak di kawasan Jergoh/Teris.
 
Terdapat laluan keluar masuk Highway Pantai Timur yang menjadikan kawasan lubuk terua lebih membangun. Kawasan sekitar lubuk terua juga terkenal dengan penternakan ikan air tawar seperti ikan Patin, Rohu, Jelawat, Tongsan selain daripada ikan paya seperti [[ikan Haruan]], [[ikan 'Potok' (Selat)]], [[ikan Keli]], [[ikan Sepat Ronggeng]], [[ikan Puyu]], [[ikan Seluang]], [[Kepar (Patung)]], [[ikan Tebakang]]dan [[ ikan Tebakangterubon]]. Ikan-ikan ini boleh didapati di empangan kampong lanar, kampong Lubuk Kawah dan kampong Chempaka.
 
Pada setiap tahun empangan tersebut akan dilepaskan atau dikeringkan [[air]]nya untuk acara pesta menangkap ikan secara tradisional. Kebiasaan pesta ini akan di rasmikan oleh orang-orang kenamaan dan tetamu Di Raja. Pelbagai acara lain juga di adakan seperti pertandingan memasak, pameran kraftangan, sukaneka dan kemuncaknya pertandingan menangkap ikan terbanyak atau ikan yang paling besar atau spesis yang jarang ditemui.