Si Tanggang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.53.63.161 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Si Tanggang''' (atau dieja "Si Tenggang") ialah sebuah [[cerita dongeng masyarakat Melayu]] yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhakai [[ibu]]nya, dan akhirnya bertukar menjadi [[batu]] kerana disumpah oleh si ibu dengan makbul [[Tuhan]].
 
Ia digunakan dalam buku teks sekitar 1960-an berdasarkan karya Abdul Samad Ahmad 1955 <ref>[http://books.google.com.my/books?id=XqAaAAAAMAAJ&q=tenggang+1955&dq=tenggang+1955 Malayan library journal By Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu.]</ref>. Dongeng ini dikenali juga dengan beberapa nama lain, antaranya '''[[Malin Kundang]]''' atau '''Malim Kundang''' ([[Minangkabau]]) dan '''Nakhoda Manis''' ([[Brunei]]). Masing-masing merupakan versi yang sedikit berbeza, tetapi memiliki isi cerita yang sama.
 
Kisah ini lebih awal lagi telah dirakamkan pada 1900 dalam buku Malay Magic yang ditulis oleh Walter William Skeat sebagai satu cerita rakyat berjudul ''Charitra Megat Sajobang'' dalam buku Malay Magic (1900) ms 54-55 dicetak oleh The Macmillan Company : New York, yang diceritakan oleh orang Melayu Selangor Ulu Klang.<ref>[http://www.scribd.com/doc/4985222/Skeat-Malay-Magic-Complete-MUST-DOWNLOAD-FOR-ILLUSTRATIONS Malay Magic: Being an Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsula By Walter William Skeat]</ref>, <ref>[http://www.sabrizain.org/malaya/library/malaymagic.txt Full text of "Malay magic : being an introduction to the folklore ...]</ref>, <ref>[http://books.google.com.my/books?id=K9Ly7Q9p-dgC&pg=PA54&dq=Charitra+Megat+Sajobang&hl=en&ei=BcJXTJXhAoe8rAfs8rSPBQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCcQ6AEwAA#v=onepage&q=Charitra%20Megat%20Sajobang&f=false Malay magic: an introduction to the folklore and popular religion of the ... By Walter William Skeat, Charles Otto Blagden]</ref>, <ref>[http://www.sabrizain.org/malaya/library/studyofmalayamagic.pdf Malay magic: an introduction to the folklore and popular religion of the ... By Walter William Skeat, Charles Otto Blagden]</ref> Ia jelas membuktikan bahawa ia telahpun menjadi kisah rakyat pada akhir 1800-an lagi di [[Selangor]].
 
Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran [[Islam]] yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.
 
Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tanggang. Antaranya ialah [[Jong Batu]] di [[Brunei]], [[Batu Caves]] di [[Malaysia]], dan [[Batu Malin Kundang]] di [[Pantai Air Manis]], [[Padang]], [[Sumatera Barat]]. Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat setempat, mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.
 
==Sinopsis==
Baris 28 ⟶ 20:
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
 
=
==Senarai watak utama==
 
* '''Si Tanggang''' - [[Protagonis]] dongeng ini.
* '''Si Talang''' - Bapa Si Tanggang.
* '''Si Deruma''' - Ibu Si Tanggang.
* '''Nakhoda''' - Nakhoda kapal yang mengambil Si Tanggang sebagai anak kapal.
* '''Sultan''' - Sultan di negeri tempat perantauan Si Tanggang.
* '''Puteri Sultan''' - Puteri kepada Sultan, diisterikan oleh Sultan dengan Si Tanggang.
 
==Variasi lain==
 
Dongeng Si Tanggang disampaikan secara lisan. Oleh itu, ia mempunyai banyak versi yang berbeza mengikut tempat di Nusantara.
 
Dalam versi yang disampaikan oleh orang Minangkabau, Si Tanggang dikenali dengan nama Malin Kundang.
 
Dalam versi Brunei, Si Tanggang dikenali dengan nama Nakhoda Manis dan ibunya bernama Dang Ambon, manakala bapanya sudah meninggal dunia ketika dia masih kecil. Mereka tinggal berdekatan dengan [[Sungai Brunei]]. Nakhoda Manis merantau di sebuah pekan yang bernama Sulok. Adalah diperkatakan bahawa batu yang ditukarkan daripada seluruh kapal Nakhoda Manis berserta isinya adalah [[Jong Batu]] di Sungai Brunei.<ref>''[http://web.archive.org/web/20050107083334/http://www.aseanstoriesproject.org/brunei/story3.php Nakhoda Manis]''. ASEAN Stories Project.</ref>
 
==Adaptasi moden==
 
Kisah Si Tenggang kerap kali dijadikan tema dalam karya-karya Melayu serta digambarkan dalam televisyen dan filem supaya dapat dipadankan dengan kehidupan zaman moden. Berikut adalah antara beberapa karya yang dihasilkan:
 
* [[Imej:Poster Si Tanggang.jpg|thumb|Poster promosi filem Si Tanggang (1961)]] ''[[Si Tanggang (filem)|Si Tanggang]]'' (1961), sebuah filem arahan [[Dato' Haji Jamil Sulong]]. Watak Si Tanggang dipegang oleh [[Jins Shamsudin]]. Filem ini ditayangkan semula dalam saluran televisyen Malaysia sehingga hari ini.
* ''The travel journals of Si Tenggang II'' (1979, ASIN: B0000D7NFT), oleh [[Muhammad Haji Salleh]]. Buku ini merupakan koleksi puisi yang bertumpu kepada tema Si Tanggang. Antaranya ialah ''si tenggang's homecoming'' yang menjadi bahan pelajaran di sekolah-sekolah di [[Malaysia]]. Dalam puisi ini, Muhammad Haji Salleh memperkenalkan Si Tenggang II, versi Si Tanggang yang mempunyai nilai-nilai positif. Si Tenggang digambarkan sebagai seorang perantau yang memperoleh banyak pengalaman dari dunia luar dan mengalami perubahan dalam dirinya. Dia menjadi lebih matang dan, tidak seperti cerita asal, tidak menyombongkan diri. Puisi ini melihat kisah Si Tanggang dari sudut positif.
* ''Nakhoda Tanggang'', sebuah drama televisyen Melayu yang mula ditayangkan di saluran [[RTM]] [[TV1]] pada [[22 Mei]] [[1997]].
* ''[[Drama lipur lara Malin Kundang|Malin Kundang]]'', sebuah drama bersiri terbitan [[MD Entertainment]] yang mula ditayangkan di saluran televisyen [[SCTV]], Indonesia pada [[11 Januari]] [[2005]]. Penerbit menggunakan kisah Si Tanggang ke dalam dunia moden. Cara yang sama juga digunakan dalam menghasilkan [[Bawang Merah Bawang Putih]].<ref> {{id}} ''[http://astaga.com/layar/article.php?id=93598&cat=94 MD Entertainment Rilis Lagenda Malin Kundang]''. Astaga!com.</ref>
* ''[[Akukah Tanggang?]]'' merupakan drama televisyen Melayu yang ditayangkan melalui saluran [[TV9]] pada tahun [[2008]]. Watak protagonis dibintangi oleh [[Ady Putra]].
 
Cerita ini pernah diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada 1975 sebagai judul ''Nakoda Tenggang : sebuah legenda dari Malaysia / oleh A. Damhoeri. '' <ref>http://www.livelife.ecitizen.gov.sg/recreation/nlb/search/ItemDetail.asp?Type=LIB&ID=4142058&Media=Book </ref>
 
==Lihat juga==
 
* [[Cerita dongeng masyarakat Melayu]]
* [[Si Tanggang (filem)|Filem Si Tanggang.]]
 
==Bacaan lanjut==
 
* ''Nakhoda Tenggang anak derhaka-riwayat Batu Keb.''. [[Abd. Samad Ahmad]] (1955). Kuala Lumpur: The Khee Meng Press.
* ''The Stony Penitence of Si Tenggang''. [[Adibah Amin]] (1992). New Straits Times Annual, pp. 146-9.
 
==Rujukan==
 
<references/>
 
==Pautan luar==
 
* [http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/apr/dongengwarisan.htm Kisah singkat mengenai Si Tanggang]
* [http://web.archive.org/web/20050107083334/http://www.aseanstoriesproject.org/brunei/story3.php Nakhoda Manis] (versi Brunei)
* {{cite web
| last = Junus
| first = Umar
| url = http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jsari19-04.pdf
| title = Malin Kundang dan Dunia Kini
| format = PDF
| accessdate = 7 Ogos
| accessyear = 2009
}}
* [http://www.keene.edu/library/OrangAsli/OralTrad.pdf Tradisi orang asli Temuan.]
 
 
[[Kategori:Dongeng Melayu]]
 
[[id:Malin Kundang]]
[[en:Malin Kundang]]