Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hamba Allah (bincang | sumb.)
tukar jenis infobox
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
|Negara = [[Malaysia]]
|colors = [[Kuning]] , [[Biru Laut]]
|website = http://smkp.wordpress.com (unofficial)
|website=
}}
 
Baris 21:
Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran [[Melayu]] dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]) serta dua buah [[kelas Peralihan]]. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi. Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran [[Melayu]] dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran [[Melayu]] dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.
===Tahun 1970-an===
Pada tahun 1973, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1,026 orang. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh sebab itu, mulai tahun 1973 [[Sekolah Menengah Kubang Semang]] telah menjalankan dua sesi persekolahan. Kesemua kelas dijalankan pada sesi pagi kecuali kelas-kelas Tingkatan Satu yang dijalankan pada waktu petang. Pada tahun 1976, bangunan Makmal [[Sains Tulen]] telah siap dibina di bawah [[Rancangan Malaysia Kedua]]. Beberapa bangunan tambahan juga telah dibina pada tahun 1977. Bilangan bilik darjah meningkat dari 18 buah kepada 30 buah di samping tiga buah Makmal Sains Tulen. Pelajar-pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] ([[SPM]]) dan [[MCE]] buat pertama kalinya pada tahun 1978 dengan pencapaian 47.40% ([[SPM]]) dan 51.51% ([[MCE]]).<ref name="test" />
===Tahun 1980-an===
Pada 29 Mac 1980, Tuan Haji Razikin bin Omar bersara selepas berkhidmat selama sepuluh tahun di sekolah ini. Encik Abdul Rahman bin Ali yang mengambil alih tugas sebagai [[Guru Besar]] [[Sekolah Menengah Kubang Semang]] mulai 1 Julai 1980 telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan. Beliau telah menukar nama sekolah dari Sekolah Menengah Kubang Semang kepada Sekolah Menengah Penanti. Beliau juga mengasaskan penubuhan [[Pusat Sumber]] Pelajaran dengan sumbangan [[Outright Grant]] dari [[Jabatan Perdana]] Menteri melalui YBM [[Tengku Razaleigh bin Hamzah]]. Sekolah Menengah Penanti telah dirasmikan oleh YBM [[Tengku Razaleigh bin Hamzah]] pada 17 Mei 1981.
Baris 46:
 
Puan Siti Maizon bt Abu Bakar telah bertukar ke [[Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu]] pada bulan April 2002. Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti berdiri megah di bumi Penanti tanpa bimbingan Pengetua lebih dari setahun lamanya. Pentadbiran sekolah pada waktu itu diterajui oleh [[Pemangku Pengetua]], Puan [[Saodah bt Ahamad]]. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah kebangsaan Penanti mendapat sebuah [[surau]] baru yang lebih sempurna dan selesa hasil derma dari pelajar, guru dan masyarakat setempat.
 
==Misi dan Visi==
===Misi===
"Melahirkan modal insan yang gemilang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan dan aspirasi negara"
 
Semua warga SMK Penanti bertekad untuk melahirkan modal insan yang gemilang, iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menjadikan mereka warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan terhadap kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.<ref>http://smkp.wordpress.com</ref>
 
===Visi===
"SMKP unggul dan gemilang menjelang 2012"
 
Semua warga SMK Penanti akan berusaha dengan penuh komitmen dan penglibatan yang menyeluruh bagi memastikan SMK Penanti menjelang 2012 menjadi sebuah sekolah yang terkenal di Pulau Pinang dari segi pencapaian akademik, kokurikulum dan pelajarnya bersahsiah tinggi serta memiliki prasarana yang lengkap dan mencukupi.<ref>http://smkp.wordpress.com</ref>
 
 
==Senarai Pengetua Sekolah==