Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah membina ensiklopedia bahasa Melayu bebas terbesar di dunia....
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
Kemudian, satu cadangan bagi membangunkan satu Skim Penafian telah dikemukakan. Kembali kepada dasar "bumi hangus" yang disebutkan lebih awal, Skim Penafian telah sedia bagi memusnahkan kemudahan minyak di Miri dan Lutong. Di samping itu, Lapangan Terbang Bukit Sabir (11 km ke selatan Kuching, ibu kota Sarawak), akan dipertahankan selama mungkin, dan kemudiannya akan dimusnahkan.
 
Pulau Borneo sebahagiannya ditakbir oleh [[Belanda]] dan sebahagiannya oleh British. Borneo British terletak disebelah persisiran pantai di bahagian utara dan merangkumi dua negeri Utara British Utara dan Sarawak, Negara naungan Brunei, dan Tanah Jajahan (Crown Colony) Pulau Labuan. Kedudukan Borneo mempunyai kepentingan strategik di barat daya Pasifik. Ia terletak di laluan laut dari utara ke Malaya dan Sumatra di sebalah dan Celebes dan Jawa di sebelah yang lain. Sekiranya dipertahankan dengan kuat, ia mampu menjadi kubu kuat dalam pertahanan pertahanan Malaya, tetapi tidak Belanda maupun British mempunyai sumber yang mencukupi bagi mempertahankannya. Tentera yang ada perlu dipusatkan jauh keselatan bagi pertahanan [[Singapura]] dan [[Jawa]], dan apa yang mampu diberikan kepada Borneo dan kepulauan luar Belanda adalah penempatan sekumpulan kecil tentera pada kedudukan penting yang diharap mampu menjadi halangan dari diserang.
 
Untuk mengawal lapangan minyak, mengawal rusuk mereka semasa mara ke Malaya dan untuk memudahkan serangan mereka ke atas Sumatera dan Jawa barat, pihak [[Jepun]] memutuskan, sebagai operasi sampingan kepada kempen Malaya mereka, untuk merampas British Borneo. Operasi ini telah dilancarkan oleh Tentera Selatan lapan hari selepas permulaan serangan ke atas Malaya.
Lapangan minyak di British Borneo terletak dalam dua kumpulan: satu di Miri hampir dengan sempadan utara Sarawak, dan yang lain tiga puluh dua batu ke utara, di Seria dalam Negara Brunei. Minyak mentah telah dipam daripada kedua-dua telaga ke satu kilang penapis di pantai Lutong, di mana saluran pengisi minyak menjulur kelaut. Pendaratan adalah mungkin di sepanjang tiga puluh batu pantai antara Miri dan Lutong dan, dengan jumlah tentera yang ada, tidak mungkin dapat dipertahankan daripada serangan yang bersungguh-sungguh. Dengan itu rancangan telah dibuat untuk memusnahkan kemudahan minyak. Sir Robert brooke Popham, Panglima Besar Timur Jauh, memutuskan bahawa ianya adalah bijak bagi menghormati perjanjian pertahanan 1888 dengan Sarawak. Oleh itu, pada akhir 1940, beliau mengarahkan Batalion Kedua, Regiment Punjab Yang Ke-15, bateri meriam berat 6-inch dari Artileri Diraja Hong Kong-Singapura, dan Kompani Kubu Ke-35 (Jurutera diraja) untuk ditempatkan di Kuching (Borneo Utara British).