Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasakan bahasa Melayu sebagai wadah penyebarah ilmu...
Baris 34:
Di samping itu, Kerajaan Brooke menggerakkan Renjer Sarawak. Pasukan ini mengandungi 1,515 orang soldadu terutamanya suku [[Iban]] dan Dayak yang dilatih dalam seni pertempuran hutan yang dipimpin oleh kakitangan perkhidmatan Awam Eropah Rejim Brooke. Leftenan Kolonel British CM. Lane yang memerintah batalion tersebut telah menyusun semula semua pasukan di Sarawak, yang termasuk Pasukan Sukarelawan anak negeri, Perkhidmatan Laut Pantai, polis bersenjata dan satu pasukan askar anak negeri yang dikenali sebagai Renjer Sarawak. Secara keseluruhannya, 2,565 orang soldadu yang dikenali sebagai "SARFOR" (Pasukan Sarawak).
 
Pada Ogos 1941 skim penafian sebahagian, yang mengerungkan pengeluaran minyak sebanyak tujuh puluh peratus, telah dilaksanakan. Ianya turut diputuskan bahawa tiada cubaan akan dilakukan bagi mempertahankan Borneo Utara British, Brunei atau Labuan, dan Gabenor Borneo Utara, Mr. Robert Smith, diberitahu bahawa pasukan sukarelawan dan polis hanya digunakn bagi mengekalkan keselamatan dalam. Ianya bagaimanapun diputuskan untuk mempertahankan Kuching bagi lapangan terbangnya, dan kerana penawanannya oleh musuh akan memberi laluan kepada lapangan terbang terpenting Belanda di Singkawang II, enam puluh batu ke barat daya dan hanya 350 batu dari Singapura.
 
== Borneo Utara==