Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah membina masyarakat yang berilmu dan berakhlak.
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sejagat...
Baris 77:
 
Ketika berada di Tokyo Major-Jeneral Kawaguchi diberitahu bahawa kekuatan musuh di British Borneo adalah dianggarkan sekitar 1,000 orang tentera tetap (kebanyakannya tentera India) dan 2,500 orang sukarelawan tempatan, dengan kemungkinan tambahan 5,600 tentera Belanda di Borneo Belanda. Sumber-sumber perisikan melaporkan bahawa seluruh pulau adalah diselitupi dengan hutan tebal dengan hanya beberapa jalan kecil berhampiran muara sungai. Ini bererti bahawa cara pengangkutan hanya adalah melalui air. Maklumat berkenaan cuaca dan muka bumi adalah amat sedikit dan tidak boleh terlalu dipercayai dan hanya terdapat satu peta pulau skala kecil yang boleh didapati.
 
Sekembalinya daripada dari Tokyo ke Canton, komander Detachment serta merta ke Sanya, Pulau Hainan Pulau, untuk menghadiri persidangan dengan Panglima Besar Armada Expedisi Selatan dan panglima Armada Pengiring Langsung dengan tujuan mencapai satu perjanjian bagi langkah-langkah bekerjasama sekiranya perang meletus. Ianya diputuskan bahawa pendaratan pertama akan dilakukan di Miri dan Seria dengan tujuan menawan lapangan minyak dan lapangan terbang penting dalam bandar tersebut. Sebahagian angkatan ini akan kekal di situ bagi menubuhkan kembali medan minyak Miri manakala badan induk mara dan menawan lapangan terbang Kuching. Semua unit Detachment Kawaguchi terpaksa juga menerima latihan khas dalam pendaratan waktu malam dan pertempuran hutan, dan dengan itu juga mereka perlu menukar peralatan mereka dan perlu diberikan latihan kemandiran diri dan kebersihan lapangan yang khas.
 
== Borneo Utara==