Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Membangunkan ilmu dan akhlak dalam bahasa Melayu...
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah membina ensiklopedia bahasa Melayu bebas terbesar di dunia...
Baris 87:
 
Tentera Jepun merancang untuk menyerang lapangan terbang daripada sebelah utara, dan juga dari barat oleh pasukan yang mendarat di pantai. Serangan ini dilewatkan oleh cuaca buruk sehingga hampir seminggu, tetapi pada 24 Januari lima Kompeni musuh maju sepanjang jalan sempadan Belanda, dan unit Ke-25 telah sampai di sebuah kampung dua setengah batu di timur laut dari lapangan terbang. Setelah memusnahkan kedai dan berek, pihak bertahan melancarkan serangan pada 26 haribulan yang dapat ditangkis. Petang itu satu serangan balas berjaya menbergerak di sebelah rusuk mereka dan awal 27 haribulan arahan diberikan bagi berundur dari lapangan terbang. Semasa pengunduran tersebut, dua platun Punjabi telah dikepung tetapi, menolak untuk menyerah, mereka bertempur di bawah pegawai India mereka sehingga lewat petang. Ianya hanya apabila peluru mereka kehabisan dan pihak musuh menyerang dalam bilangan yang banyak barulah kumpulan kecil itu meletakkan senjata. Lapuran tentera Jepun telah menunjukkan kemalangan jiwa mereka kepada dua platon kecil ini sebagai antara 400 dan 500 terbunuh atau cedera. Daripada tujuh puluh orang Punjabi yang bertempur hanya tiga yang terselamat. Bakinya tidak pernah kelihatan lagi; terdapat bukti menunjukkan bahawa mereka telah dengan dibunuh dengan kejam oleh menjadi tentera Jepun yang marah. Pada petang ke-27 Januari baki tentera Punjabi menyeberangi Sungei Sambas dan mengambil kedudukan di tanah tinggi di Ledo, lima belas batu barat daya lapangan terbang.
 
Sementara itu tiga buah kompeni tentera Jepun telah meninggalkan Kuching menggunakan perahu kecil pada waktu malam yang ke-25 dan oleh pada subuh ke-27 haribulan telah mendarat di Pemangkat di sebelah barat dari lapangan terbang. Menyerang ke timur laut dan selatan dan menerima tentangan kecil, mereka dengan cepat menawan perkampungan pantai dan bergerak ke arah Bengkajang, dengan itu mengancam bagi mengepung pasukan Bersekutu di Ledo.
 
== Borneo Utara==