New Straits Times: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
Baris 14:
}}
 
'''''New Straits Times''''' ialah [[akhbar]] [[bahasa Inggeris]] yang tertua di [[Malaysia]]. Diasaskan pada tahun [[1845]] dengan nama ''[[The Straits Times]]'' dan format [[Terbitan lebar sehelai|lebar sehelai]], akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbar [[British]], ''[[The Times]]'' dan ''[[The Independent]]'', satu percubaan versi [[tabloid]] telah diterbitkan pada bulan September [[2004]] dan sejak [[18 April]] [[2005]], akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini, ''New Straits Times'' menamatkan tradisi 160 tahunnya. ''New Straits Times'' kini dijual pada harga [[Ringgit Malaysia]] 1.20 (~32 [[Dolar Amerika Syarikat|sen]] [[Amerika Syarikat]]).
 
''New Straits Times'' dicetak oleh [[Percetakan News Straits Times]] yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris, ''[[Malay Mail]]'', serta berbagai-bagai akhbar [[bahasa Melayu]], terutamanya ''[[Berita Harian]]''. ''New Straits Times'' ialah sebahagian kumpulan syarikat [[Media Prima Berhad|Media Prima]].
 
Ketika diasaskan sebagai ''Straits Times'' di [[Singapura]], akhbar ini merangkumi seluruh kawasan [[United Kingdom|British]] [[Malaya]], serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertai [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] pada tahun [[1963]], tetapi padaselepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun [[1965]], suatusatu versi untuk Malaysia, iaitu ''New Straits Times'', telah diasaskan, sedangkan ''The Straits Times'' meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaan [[politik]] yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain. ''Straits Times'' tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya, ''New Straits Times'' tidak dijual di Singapura.
 
New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; edarannya adalah kurang daripada edaran ''[[The Star (Malaysia)|The Star]]'', pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan ''The Star'', akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-[[Kewartawanan|wartawan]] dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.
 
New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; edarannya adalah kurang daripada edaran ''[[The Star (Malaysia)|The Star]]'', pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan ''The Star'', akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-[[Kewartawanan|wartawan]] dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.
 
==Penguasaan politik==
''New Straits Times'' telah dituduh sebagai satu alat [[propaganda]] untuk kerajaan dan pemilik proksinya, [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO). Seorang pengkritik mendakwa bahawa akhbar ini "kini hanya merupakan sebuah Surat Berita UMNO". <ref>Merican, Din & Musa, M. Bakri (2006). [http://www.bakrimusa.com/archives/the-bold-and-the-predictable-exchanges-with-din-merican "''Yang Berani dan Yang Dapat Diramalkan &ndash; Bertukar-tukar Pandangan dengan Din Merican''"]. Dicapai pada 13 Mac 2006.</ref> Walaupun tersenarai dalam [[Bursa Saham Kuala Lumpur]], [[UMNO]] yang merupakan parti politik pemerintah memegang undi keemasan dan memutuskan semua dasar untuk akhbar ini. Akhbar ini juga mempunyai tradisi untuk melantik penyunting-penyunting yang menyokong kerajaan semasa. Ketua Penyunting terakhirnya, [[Abdullah Ahmad]] (harus tidak harus dikelirukan dengan [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] [[Abdullah Ahmad Badawi]]), telah dipecat tidak lama sebelum [[persaraan]]nya oleh bekas Perdana Menteri [[Mahathir Mohamad]]. Alasan rasmi yang diberi adalah bahawa Abdullah telah menulis sebuah rencana yang menyinggung pihak berkuasa [[Arab Saudi]], tetapi sesetengah orang mendakwa bahawa beliau telah berat sebelah menentang Mahathir dan [[Najib bin Tun Haji Abdul Razak]] (kini [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]]), walaupun beberapa bulan sebelum peletakan jawatan Dr. Mahathir, beliau telah mencuba mengubahkan kesetiaannya dengan tiba-tiba untuk menyesuaikan dengan iklim [[politik]] yang baru.
 
[[Rehman Rashid]], seorang ahli intelek yang terkenal kerana kebolehan berjenaka pintarnya yang pedas, telah dikembalikan jawatannya sebagai Penyunting Bersekutu, selepas dipecat pada Mei [[2003]], akibat keengganannya untuk bertindak sebagai [[penulis siluman]] untuk Abdullah Ahmad. Bekas Ketua Penyunting Kumpulan, Datuk Kalimullah Hassan, menegaskan bahawa pelantikan dirinya kepada jawatan tersebut akan merupakan pelantikan terakhir yang dibuat secara langsung oleh ahli-ahli politik. Walaupun Kalimullah memberi tanggapan umum sebagai seorang yang memihak kerajaan, beliau adalah seorang penyunting yang popular disebabkan beliau mengamalkan [[pendekatan guna tangan]] terhadap tugasnya, dan pernah juga menulis sesetengah rencana halaman depan. Bagaimanapun, Kalimullah telah dituduh kerana terlalu mengampu tuan-tuan politiknya dan tidak bertoleransi terhadap mereka yang tidak bersependapat dengannya. Pada lewat [[2005]], beliau melantik pewarisnya, Datuk Hishamuddin Aun. Kini, Kalimullah masih menyertai operasi ''New Straits Times'' sebagai penasihatnya.
Baris 45 ⟶ 44:
{{Akhbar Malaysia}}
 
[[Kategori: Akhbar di Malaysia]]
[[en:New Straits Times]]