Patriotisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: sr:Родољубље
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Patriotisme''' didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' ([[bahasa Latin]] ''patria'' < [[bahasa Greek]] ''patris, πατρίς''), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan [[bangsa]] dan/atau [[negara]]. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan [[nasionalisme]], dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah ber[[sinonim]] dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis [[ideologi]] - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua [[politik|gerakan politik]] nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
 
Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan ''negaraku benar atau salah'' - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut AmerikAmerika Syarikat [[Stephen Decatur]], tetapi juga dianggap dinyatakan oleh [[Carl Schurz]] - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika [[peperangan]], mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.
 
== Jenis patriotisme ==