Tayamum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Tayammum''' ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. '''Tayammum''' di segi [[syarak]] adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti [[wuduk]] atau [[Mandi wajib|mandi wajib]] (mandi junub).
 
Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.
 
==Dalil==
 
Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah. Allah SWT berfirman, [43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri [[solat|sembahyang]] (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan [[mabuk]], hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri [[masjid]]) sedang kamu dalam keadaan [[Junub]] ([[berhadas besar]]) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu [[mandi wajib|mandi bersuci]] dan jika kamu sakit atau sedang dalam [[musafir]] atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. (An-Nisa: 43).
 
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tanah adalah wudu seorang muslim jika tidak mendapatkan air kendati selama sepuluh tahun." (HR An-Nasai dan Ibnu Hibban).
 
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. Maka, di mana saja waktu salat menghampiri seseorang dari umatku, tanah dapat menyucikannya." (HR Ahmad).
 
==Syarat-syarat tayammum==
Baris 9 ⟶ 19:
 
==Fardu (rukun) Tayammum==
Rukun tayammum ada empat:
# Niat ("''Saya berniat tayammum untuk dapat mengerjakan solat fardhu kerana Allah''")
# Niat, dengan lafaz “Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta’ala”.
# Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci
# Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan
# Tertib melakukannya.
 
==Panduan Bertayammum==
 
# Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka.
# Menyapu muka dengan debu, dua kali
# Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu
# Mentertibkan rukun.
 
Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum.
 
==Sunat Tayammum==
 
# Membaca bismillah
# Menipiskan debu
Baris 24 ⟶ 42:
 
==Yang Membatalkan Tayammum==
 
# Setiap yang membatalkan wuduk
# Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
# [[Murtad]]
 
==Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum==
===Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan===