Pembunuhan beramai-ramai di Qibya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Baris 33:
 
Pada [[18 Oktober]] [[1953]], Jabatan Negara Amerika mengeluarkan kenyataan mengutuk keras serangan ke atas Qibya, dan membuat tuntutan supaya mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang. Tetapi tuntutan ini tidak diendahkan oleh Israel. Amerika juga mengambil tindakan menggantungkan bantuan ekonomi kepada Israel, tetapi meneruskan bantuan sedikit masa kemudian selepas keadaan reda.
 
==[[Ariel Sharon]]==
 
[[Ariel Sharon]] menulis di dalam buku autobiografinya walaupun dia menyesali kematian orang-orang awam Arab Palestin, serangan tersebut perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa [[Pasukan Pertahanan Israel]] (IDF) boleh dan berkemampuan untuk mencarikan dan mensasarkan dengan tepat sasaran yang berada jauh di dalam wilayah musuh. Selepas serangan ke atas Qibya, Pasukan Liga Arab ditempatkan di sempadan berhampiran Qibya untuk mengelakkan penyusupan dan serangan selanjutnya oleh [[Pasukan Pertahanan Israel]]. Buat seketika, jumlah penyusupan dan serangan oleh pejuang Palestin berkurangan.
 
Ariel Sharon menulis di dalam diarinya bahawa dia menerima arahan untuk menyebabkan kerosakan teruk kepada penduduk Qibya. Katanya, “ … arahan itu jelas : Qibya mesti dijadikan teladan kepada yang lain”. Areil Sharon mendakwa beliau dan askar-askarnya memikirkan rumah-rumah yang diletupkan sudah dikosongkan apabila penduduk Arab diberikan perintah keluar oleh askar-askarnya. Dia tidak tahu masih ada orang Arab yang berselindung di dalam rumah-rumah yang diletupkan.
 
[[Ariel Sharon]] menulis lagi, “ Saya tidak percaya apa yang saya dengar … saya menyingkap kembali setiap pergerakan askar saya semasa operasi utnuk memahami apa yang berlaku... sebelum ini, serangan balas tentera Israel hanya melibatkan kemusnahan beberapa buah rumah dan tidak lebih dari itu… menyangkakan keadaan yang sama, sebilangan keluarga [[Arab]] mungkin mengambil keputusan untuk berselindung di dalam rumah mereka … mendiamkan diri apabila diberikan amaran oleh askar-askar Israel … kesudahannya tragedi ini berlaku”.
 
Sejarawan Israel Benny Morris menyangkal dakwaan [[Ariel Sharon]], memandangkan arahan yang diberikan kepada [[Unit 101]] apda malam kejadian. Benny Morris menuding jari kepada hakikat bahawa laporan [[Amerika Syarikat]], [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] dan [[Legion Arab]] dengan jelas menyatakan bahawa penduduk Arab dibunuh sebelum peletupan kediaman mereka. [[Mejar Jeneral]] Vagn Bennike, Ketua Turus Badan Penyelia Gencatan Senjata yang membuat siasatan pada keesokan hari kejadian melaporkan “kejadian yang berlaku berulang kali … pintu rumah yang berserpihan peluru .. mayat yang berada di ambang pintu … membuktikan penduduk yang terpaksa berselindung di dalam rumah mereka disebabkan tembakan hebat sehingga rumah mereka diletupkan semasa mereka berada di dalam..)
 
Selepas serangan ke atas Qibya, kepimpinan Israel mengelakkan pendudukan awam dijadikan sasaran pasukan tentera Israel. Kebolehan Unit 101 bertindak secara bebas ditarik balik, tetapi [[Unit 101]] terus terlibat dalam serangan balas ke atas sasaran-sasaran musuh di dalam wilayah Arab sebagai sebuah unit di bawah naungan 202 Briged [[Askar Payung Terjun]].