Imigrasi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Walaupun [[penghijrahan]] telah wujud selama beratus-ratus ribu tahun, '''imigrasi''' dalam erti kata moden merujuk kepada pergerakan orang-orang dari sebuah [[negara bangsa]] ke sebuah negara bangsa yang lain di mana mereka tidak merupakan [[Kewarganegaraan|warganegara]]. Imigrasi melibatkan kediaman tetap jangka panjang oleh pendatang-pendatang: Pelancong-[[Pelancongan|pelancong]] dan pelawat-pelawat jangka pendek tidak dianggap sebagai pendatang. Bagaimanapun, penghijrahan [[buruh]] bermusim (biasanya untuk tempoh yang kurang daripada setahun) sering diperlakukan sebagai sejenis imigrasi. Jumlah imigrasi sejagat adalah tinggi dari segi mutlak, tetapi rendah dari segi relatif. [[Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]] menganggarkan bilangan pendatang antarabangsa sebanyak 190 juta pada tahun [[2005]], iaitu lebih kurang 3% daripada jumlah penduduk sejagat. 97% yang lain masih tinggal di negara asal mereka atau negara penggantinya.
 
Idea moden bagi imigrasi adalah berkait dengan pengembangan negara-negara bangsa, khususnya pada [[abad ke-19]], dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang jelas, [[pasport]], kawalan sempadan yang kekal, dan [[undang-undang kerakyataan]]. Kewarganegaraan sebuah negara bangsa memberikan hak kediaman yang tidak terpisah dalam negara tersebut, tetapi kediaman pendatang tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh [[undang-undang imigresen]]. Imigrasi tanpa kebenaran rasmi boleh merupakan satu [[jenayah]] di bawah undang-undang tersebut, dan walaupun jika ia tidak ditakrifkan sebagai suatu jenayah, undang-undang itu memperuntukkan untuk penahanan pendatang-pendatang haram. Negara bangsa juga membuat imigrasi sebagai satu persoalan politik: mengikut takrif, negara bangsa ialah tanah air sebuah [[negara]] yang ditakrifkan melalui [[keetnikan]] dan/atau [[budaya]] berkongsi, dan dalam kebanyakan kes, pendatang-pendatang mempunyai keetnikan dan budaya yang berbeza. Ini telah mengakibatkan ketegangan-ketegangan sosial, [[xenofobia]], dan pertikaian tentang identiti kebangsaan dalam banyak negara ekonomi maju.
The modern idea of immigration is related to the development, especially in the 19th century, of nation-states with clear citizenship criteria, [[passports]], permanent border controls, and [[nationality law]]. Citizenship of a nation-state confers an inalienable right of residence in that state, but residence of immigrants is subject to conditions set by [[immigration law]]. Immigration without official approval can be a [[crime]] under these laws, and even if it is not defined as a crime, they usually provide for the detention of illegal immigrants. The nation-state also made immigration a political issue: by definition it is the homeland of a [[nation]] defined by shared ethnicity and/or culture, and in most cases immigrants have a different ethnicity and culture. This has led to social tensions, [[xenophobia]], and conflicts about national identity, in many developed countries.