Lori: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MGA73bot (bincang | sumb.)
k Robot: Replacing image Scania R470 topline.jpg with Scania R470 topline.JPG
Abang Zul (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Istilah ''lori'' yang digunakan di dalam [[Bahasa Melayu]] dipinjamkan daripada [[Bahasa Inggeris]] British, ''lorry''; manakala perkataan ''trak'' dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah ''lori'' lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat, manakala istilah ''trak'' adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.
 
Di [[Malaysia]], pemandu lori diwajibkan memiliki [[lesen memandu]] kelas E serta GDL iaitu Lesen Vokasional dengan satu catatan '''bersendi''' sekiranya hendak memandu lori treler. Untuk memohon lesen kelas E, calon pemandu hendaklah berumur 21 tahun ke atas serta sudah memiliki lesen memandu kelas D ([[kereta]]) selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
 
== Sejarah ==
Baris 24:
[[Fail:Scania R470 topline.JPG|thumb|200px|Lori Scania R470]]
Secara umumnya, sesebuah lori mempunyai beberapa bahagian utama seperti berikut:-
# '''Kabin''' - memuatkan enjin serta ruang untuk pemandu dan kelindan. Rekabentuk kabin boleh jadi rekabentuk konvensional (ruang pemandu di belakang enjin) ataupun ''cab over engine (COE)'' atau kabin di atas enjin (ruang pemandu di atas enjin). Rekabentuk kabin COE adalam rekabentuk paling lazim bagi kebanyakan model lori berat baru di Malaysia. Untuk model-model terkini, kabin biasanya dilengkapi dengan tempat tidur yang selesa terletak di bahagian belakang pemandu.
# '''Enjin''' - Hampir kesemua lori berat menggunakan [[enjin diesel]], manakala lori-lori ringan seperti [[pikap]] ada kalanya menggunakan [[enjin petrol]]. Lori-lori terkini menggunakan enjin diesel yang melepasi [[piawaian emisi]] sekurang-kurangnya Euro II bagi melayakkannya memperoleh potongan diskaun 50% cukai jalan oleh [[Jabatan Pengangkutan Jalan]]. Juga terdapat lori terkini yang menggunakan '''CNG''' (gas asli termampat)
# '''Transmisi''' - Kebanyakan lori menggunakan [[transmisi manual]], tetapi terdapat beberapa model lori yang menggunakan [[transmisi automatik]] contohnya Volvo dengan sistem '''i-Shift''' dan Scania dengan '''Opticruise'''. Lori-lori biasanya menggunakan sistem transmisi antara 5 (bagi lori ringan) hingga 1216 kelajuan (bagi lori berat). Bagi transmisi melebihi 7 kelajuan, kebiasaannya satu sistem pembahagian atas-bawah ''(hi-lo)'' digunakan bagi memudahkan penukaran transmisi.
# '''Kerangka''' - Kerangka lori biasanya menggunakan 2 batang keluli utama, diikuti dengan beberapa batang sokongan. Seterusnya, bahagian-bahagian lori yang lain seperti enjin, transmisi, kabin dan badan dipasang pada kerangka tersebut. Penggunaan kerangka keluli juga menjadikan struktur sesebuah lori lebih kukuh dan tegar berbanding kereta.
 
Baris 33:
 
=== Lori ringan ===
Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) kurang daripada 3,000 kg (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar). Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E. tetapi masih perlu menduduki satu Kursus bagi mendapatkan '''GDL''' Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan serta industri kecil. Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti:-
* [[Van]]
* [[Lori pikap]]
Baris 39:
 
=== Lori sederhana ===
Lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,000 kg sehingga 7,500 kg (6 sehingga 12 roda dengan 2 ke 4 gandar). Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga BTM 5,000 kg) atau E1 (sehingga BTM 7,500 kg.) Kebanyakan lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam (seperti [[lori sampah]] dan [[kereta bomba]]) terdiri daripada lori sederhana.
 
=== Lori berat ===
Lori berat adalah kenderaat terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg, berat maksimum kenderaan juga ditetapkan oleh [[Jabatan Pengangkutan Jalan]] bagi mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan kehausan (akibat pusingan roda lori). Di kebanyakan negara yang mempunyai mutu jalan raya yang baik, berat dengan muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebuah lori 6 gandar ialah 50,000 kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah [[lori treler]], [[lori tangki]] dan [[lori kontena]]. Terdapat juga lori khusus untuk mengangkut muatan yang terlalu berat (melebihi 100,000 kg) yang dipanggil ''slow mover''
 
=== Luar jalan raya ===