Raja Perempuan Zainab II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: id:Tengku Zainab
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Raja permaisuri agong|
imej=[[Imej:Img_queen6_2.gif]]|
nama=Al-Marhum Tengku Zainab binti Tengku Panglima Raja Mohammad Petra|
ke=6|
agong=[[Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim|Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim]]|
Baris 14:
 
 
'''Al-Marhum Tengku Zainab binti Almarhum Tengku Panglima Raja Mohamed Petra''', permaisuri [[Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim|Seri Paduka Baginda Sultan Yahya Petra]] dan bonda Sultan Kelantan Ke-28, KDYMM Sultan Ismail Petra, dilahirkan pada 7 Ogos 1917. Seri Paduka Baginda Tengku Zainab menerima pendidikan awal agama yang disediakan oleh ayahanda bonda baginda selain mendapat asuhan dan didikan tentang adat resam Melayu dan adat istiadat Diraja yang diwarisi dari zaman ke zaman. Baginda juga diajar oleh guru-guru agama yang terkenal di [[Kelantan]].
 
Seri Paduka Baginda Tengku Zainab berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Sultan Yahya Petra pada 4 Jun 1939. Baginda dilantik sebagai Tengku Ampuan Mahkota oleh KDYMM Sultan Ibrahim pada 9 Ogos 1956 dan pada hari yang sama baginda dikurniakan Darjah S.P.M.K. Baginda dilantik sebagai Raja Perempuan Kelantan pada 19 Julai 1960 dan bergelar Raja Perempuan Zainab II pada hari Seri Paduka Baginda Sultan Yahya Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan. Baginda dianugerahkan Darjah Kerabat (D.K.) pada ulang tahun pertama keputeraan Sultan Yahya Petra.