Huguenot: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Sejarah Huguenots berkait rapat dengan perkembangan agama Protestan di benua Eropah. Apabila [[Martin Luther]] memperkenalkan ajaran [[Protestan]] di [[Jerman]] pada [[1517]], ia mendapat sambutan yang agak baik daripada rakyat Perancis. Malangnya, gereja [[Katolik]] telah bertindak pantas untuk membendung penularan ajaran tersebut. Pada 1523, buat pertama kalinya seorang Protestan telah dikenakan hukuman mati iaitu dibakar di atas [[salib]] kerana mengamal [[ajaran sesat]].
 
Undang-undang ketat ini telah berjaya membendung ramai rakyat Perancis dari menukar ke agama Protestan secara besar-besaran. Oleh itu sehingga 1550an, hanya 10 peratus rakyatnya telah menganut agama Protestan. Namun demikian, ini tidak mematah semangat mereka. Pada [[1559]], suatu synod Huguenots yang mewakili 15 [[gereja]] Protestan telah berkumpul di [[Paris]] untuk menubuhkan sebuah organisasi kebangsaan. Hasilnya, ajaran Protestan telah berkembang dengan pesat sekali dan dalam masa 2 tahun terdapat 2000 gereja Protestan diseluruh [[Perancis]].
Walaupun begitu, kebangkitan Protestan telah mencetuskan kebimbangan pihak Katolik dan mengakibatkan beberapa Perang Keagamaan berlaku.