Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Baris 43:
Pada tahun 1973, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1,026 orang. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh sebab itu, mulai tahun 1973 [[Sekolah Menengah Kubang Semang]] telah menjalankan dua sesi persekolahan. Kesemua kelas dijalankan pada sesi pagi kecuali kelas-kelas Tingkatan Satu yang dijalankan pada waktu petang. Pada tahun 1976, bangunan Makmal [[Sains Tulen]] telah siap dibina di bawah [[Rancangan Malaysia Kedua]]. Beberapa bangunan tambahan juga telah dibina pada tahun 1977. Bilangan bilik darjah meningkat dari 18 buah kepada 30 buah di samping tiga buah Makmal Sains Tulen. Pelajar-pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] ([[SPM]]) dan [[MCE]] buat pertama kalinya pada tahun 1978 dengan pencapaian 47.40% ([[SPM]]) dan 51.51% ([[MCE]]).
===Tahun 1980-an===
Pada 29 Mac 1980, Tuan Haji Razikin bin Omar bersara selepas berkhidmat selama sepuluh tahun di sekolah ini. Encik Abdul Rahman bin Ali yang mengambil alih tugas sebagai [[Guru Besar]] [[Sekolah Menengah Kubang Semang]] mulai 1 Julai 1980 telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan. Beliau telah menukar nama sekolah dari Sekolah Menengah Kubang Semang kepada Sekolah Menengah Penanti. Beliau juga mengasaskan penubuhan [[Pusat Sumber]] Pelajaran yang dikenali "Khutub Khanah Penanti" dengan sumbangan [[Outright Grant]] dari [[Jabatan Perdana]] Menteri melalui YBM [[Tengku Razaleigh bin Hamzah]]. Sekolah Menengah Penanti telah dirasmikan oleh YBM [[Tengku Razaleigh bin Hamzah]] pada 17 Mei 1981.
 
Pada 1 Januari 1982, Encik Abdul Rahman bin Ali telah bertukar ke Pusat Sumber Pelajaran Negeri [[Kelantan]] sebagai Ketua Penyelaras dan tempat beliau sebagai Guru Besar telah diambil alih oleh Tn. Hj. Kamaruzzaman bin Hassan pada 15 Februari 1982.