Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 134:
 
Beberapa reka bentuk baik yang baru mula dikeluarkan pada tahun 1940-41, ketika permulaan perang, Tentera Merah telah memulakan dua projek berkait rapat untuk menyusun kembali pasukan mekanikalnya dan membekalkan mereka dengan reka bentuk moden yang memasukkan pengalaman yang di dapati semasa Perang Saudara Sepanyol dan [[Pertempuran Khalkhin Gol]] ([[Nomonhan]]). Sesetengah rekabentuk ini memintas reka bentuk kereta kebal negara lain. Yang paling penting adalah [[kereta kebal T-34]], yang pada asalnya direka sebagai pengganti siri BT, tetapi dengan perisai yang lebih berat dan meriam dua matlamatnya ia menjadi kereta kebal serdahana terbaik bagi separuh pertama Perang Dunia Kedua. Kereta kebal T-34 akhirnya menggantikan hampir keseluruhan kereta kebal Soviet yang lain. Reka bentuk asas cukup baik bagi mengekalkannya baik tempur melampaui tahun 1945, setelah di tingkatkan dengan meriam lebih berat, turet baru, dan pengubahsuaian yang lain. Reke bentuk penting kedua adalah [[kereta kebal Kliment Voroshilov|kereta kebal KV-1]]. Ia dilengkapi dengan meriam 76.2 mm yang sama baik dengan kereta kebal T-34, dan memiliki [[enjin diesel]] V-2 yang sama. Bagaimanapun, KV memiliki sistem gantungan palang torsion baru dan perisai lebih berat berbanding kereta kebal T-34. Kereta kebal KV adalah perlahan, bertujuan sebagai kereta kebal memecah lalu. [[Kereta kebal KV-2]] versi sokongan rapat dilengkapi dengan howitzer 152 mm. Siri kereta kebal KV merupakan kereta kebal utama Soviet sehingga tahun 1943, apabila pengeluaran berakhir dan sebahagian besarnya telah habis digunakan. Pada awal tahun 1944 pengganti kereta kebal KV adalah [[kereta kebal Losif Stalin|kereta kebal IS-2]], dilengkapi dengan meriam 122 mm, memiliki perisai lebih tebal dan pergerakan lebih baik. Kereta kebal penyokong infantri pada tahun 1941, bertujuan sebagai pengganti kepada T-26, adalah [[kereta kebal T-50]], dilengkapi dengan senjata meriam 45 mm, dengan sistem gantungan palang-torsion dan perisai yang baik bagi kelas setandingnya. Masalah pengilangan dengan enjin barunya mendorong kepada pembatalannya hanya selepas penghasilan kurang dari 70 buah. Akhirnya, peranan peninjau ringan akan digantikan oleh [[kereta kebal T-40|kereta kebal afimbia T-40]] dan [[kereta kebal T-60]] yang bukan afimbia tetapi lebih murah.
 
Pada permulaan [[Operasi Barbarossa]] Jeman, kebanyakan pasukan kereta kebal Soviet Union terdiri daripada siri [[kereta kebal T-26]] dan BT. Beberapa kereta kebal T-40 muncul, bersama sekitar 1,363 [[kereta kebal T-34]] awal yang tidak boleh diharapkan, dan 677 kereta kebal KV-1 dan kereta kebal KV-2. Banyak kereta kebal T-34 awal telah ditawan atau dimusnahkan. Kebanyakan dari kegagalan awal ini disebabkan oleh ketiadaan penyelarasan dan krew kereta kebal yang tidak terlatih, dan ketidak siagaan Tentera Merah secara umumnya. Satu lagi kesukaran kereta kebal T-34 adalah ia hanya memiliki empat orang krew, dengan komander kereta kebal mengganda sebagai jurutembak. Sungguhpun tidak perlu bertugas sebagai pengisi, sebagaimana dilakukan oleh komander kereta kebal Perancis, ia masih melumpuhkan keupayaan komander kereta kebal untuk mengekalkan kesedaran medan tempur ketika menembak meriam utama kereta kebal, memberikan kelebihan taktikal kepada kenderaan berperisai Jerman.
 
== Lihat Juga ==