Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 189:
 
Menjelang tempoh kempen Normandy, kereta kebal M4 telah menjadi kereta kebal utama bagi pasukan Berikat. Sesetengah kereta kebal Sherman dilengkapi dengan sistem Duplex Drive ([[kereta kebal Sherman DD]]), yang membenarkan ia berenang dengan menggunakan skrin boleh lipat dan tiub getah boleh dikembungkan. Bersama-sama juga adalah kereta kebal M1 Dozer Blade (kereta kebal Sherman dengan mata jentolak), kenderaan kembalik berperisai pantai Sherman ([[BARV|"beach armored recovery vehicle (BARV)"]], Sherman T34 (yang memiliki [[pelancar roket berganda]] di pasang di atas turet), POA-CWS-H5 ( Sherman dengan penyembur api), Sherman Twaby Ark (yang membenarkan Sherman bertindak sebagai jambatan sementara), dan [[Sherman Crab]] Mark I (Sherman dengan [[pembanting periuk api]]), dan juga pelbagai jenis variasi lain.
 
Amerika Syarikat boleh dikatakan menghasilkan kereta kebal ringan terbaik semasa Perang Dunia Kedua, [[kereta kebal M24 Chaffee|kereta kebal Ringan M24]]. Kereta kebal M24 memiliki sistem gantungan palang torsion, gerak tinggi, dan meriam padat 75 mm. Secara ergonomik, kereta kebal itu juga agak baik. Bagaimanapun, kereta kebal M24 tidak muncul di medan pertempuran sehingga Disember 1944 dan dilengkapi hanya dengan beberapa unit sehingga menjelang akhir perang. Juga pada akhir perang, kereta kebal berat M26 Pershing mula beroperasi. Kereta kebal Pershing merupakan kereta kebal reka bentuk moden dengan sistem gantungan palang kilasan ("torsion-bar"), perisai berat, dan meriam 90 mm yang baik. Bagaimanapun, ia agak kurang kuasa, memiliki enjin GAA Ford sama seperti kereta kebal M4A3. Reka bentuk asas kereta kebal M26 cukup bagus untuk dijadikan asas kepada kesemua kereta kebal Amerika selepas perang sepanjang siri [[kereta kebal M60 Patton]].
 
== Lihat Juga ==