Orang Melayu Kedah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Triox78 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Mrzackhangrove (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
'''Melayu-Kedah''' merupakan antara masyarakat subetnik [[Melayu]] yang terbesar. Rata-rata mereka tinggal di negeri-negeri utara [[Semenanjung Malaysia]]. Selain itu, orang Melayu-Kedah juga turut membentuk komuniti di luar negara khususnya di wilayah-wilayah [[Selatan Thailand]] dan bahagian selatan wilayah [[Taninthayi]] di selatan [[Myanmar]].
 
== Pengenalan ==
[[Kategori:Kelompok etnik di Malaysia]]
'''Suku Melayu Kedah''' merupakan antara sub-suku [[suku melayu|Melayu]] yang terbesar di [[Malaysia]]. Mereka merupakan antara penghuni terawal [[Semenanjung Tanah Melayu]]{{fact}}. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% [[Masyarakat Melayu di Malaysia|Suku Melayu di Malaysia]].
[[Kategori:Orang Melayu]]
 
[[Kategori:Suku Melayu|Kedah]]
== Sejarah ==
Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di [[Nusantara]]. Kerajaan ini membentang daripada [[Divisi Tanintharyi]] di selatan [[Myanmar]] sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian [[Thailand#Pembagian administratif|selatan]] Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah{{fact}}.
 
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari [[Jazirah Arab]]. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada berdekatan Thailand mempunyai darah campuran [[Suku Thai]].
 
== Lembah Kedah ==
Majoriti daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi [[Satun]] di [[Thailand]] serta 3 negara bahagian utara Malaysia ([[Perlis]], [[Kedah]] dan [[Pulau Pinang]]). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.
 
== Nama etnik ==
Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai ''Orang Utara'' berikutan tempat asal mereka di utara [[Semenanjung Malaysia]]. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai ''Bahasa Utara'' atau logat utara.
 
== Dialek ==
{{Infobox Bahasa
|name=Bahasa Melayu Kedah<br />بهاس ملايو ﻗﺪﺡ
|nativename=''Bahasa Utara''
|states=[[Malaysia]], [[Thailand]], [[Myanmar]]
|region=[[Kedah]], [[Pulau Pinang]], [[Perlis]], [[Perak, Malaysia|Perak Utara]] (Malaysia), [[Satun]], [[Phuket]]. [[Hat Yai]], Songkhla, Phattalung ([[Thailand]]), Tanintharyi ([[Myanmar]])
|speakers= 2.800.000
|familycolor=Austronesia
|fam2=[[Bahasa Melayo-Polinesia|Melayo-Polinesia]]
|fam3=[[Bahasa Melayo-Polinesia Inti|Melayo-Polinesia Inti]]
|fam4=[[Bahasa Sunda-Sulawesi|Sunda-Sulawesi]]
|fam5=[[Bahasa Melayik|Melayik]]
|fam6=Melaya
|fam7=Melayu lokal
|iso3=meo}}
 
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisiran (Standard), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.
 
{| class="wikitable"
|-
! Bahasa Melayu Kedah
! Bahasa Melayu Standard
|-
| Hang
| Kamu
|-
| Cek
| Saya
|-
| Depa
| Mereka
|-
| Hangpa
| Kalian
|-
| Sepa
| Kami
|-
| Pi
| Pergi
|-
| Mai
| Datang, Mari
|-
| Awat, Pasepa
| Mengapa
|-
| La
| Sekarang
|-
| Sat
| Sebentar, Sekejap
|-
| Mengkala
| Bila, Apabila
|-
| Ketegaq
| Degil
|-
| Jom
| Ayuh, Mari
|-
| Kot
| Mungkin, Barangkali
|-
| GeRek
| Basikal
|}
 
== Adat dan budaya ==
Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard.
Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:
* Seni Tari - [http://www.youtube.com/watch?v=vzPbySt46dY Tarian Mek Mulung], [http://www.youtube.com/watch?v=h5BMkUR1UXA Tarian Inai] (Kedah Darul Aman), [http://www.youtube.com/watch?v=V2Eapy8rYkU&feature=related Tarian Canggung] (Perlis Indera Kayangan), [http://www.youtube.com/watch?v=DHO1GGeBapc&feature=related Tarian Boria] (Pulau Pinang Pulau Mutiara)
* Pakaian - [http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=421&menu_id=43&c3=40&click=1 Baju Kurung Kedah]
* Seni Muzik - [http://www.mykedah.org/Seni-Warisan-Dan-Budaya/ghazal-kedah.html Ghazal Kedah]
* Seni Teater - [http://www.youtube.com/watch?v=mlBX3zOrsrM Wayang Kulit Gedek]
* Senibina - [http://www.mykedah.org/Destinasi/rumah-warisan-negeri-kedah.html Rumah Kedah], [http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my/web/guest/101 Rumah Perlis], [http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my/web/guest/99 Rumah Pulau Pinang]
* Lagenda - [http://ashikinabdullah.com/blog/?p=217 Mahsuri]
* Seni mempertahankan diri - [http://www.silatcekak.org.my/index.php/persilatan/asal-usul.html Silat Cekak]
 
== Tokoh-tokoh Melayu Kedah ==
* [[Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah|Sultan Abdul Halim Muadzam Shah]] - Sultan yang memerintah Negeri Kedah semenjak 1958.
* [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]] - Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Keluarga diraja Kedah
* [[Mahathir Mohamad|Tun Dr Mahathir bin Mohamad]] - Pertana Menteri Malaysia Keempat
* [[Abdullah Ahmad Badawi|Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]] - Perdana Menteri Malaysia Kelima
* [[Anwar Ibrahim|Dato' Seri Anwar bin Ibrahim]] - Bekas Naib Perdana Menteri Malaysia
* [[P. Ramlee]] - Seniman Malaysia
 
== Sumber ==
* Asmah Haji Omar (2008). ''Susur Galur Bahasa Melayu''. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
* {{en}} Dato’ James F. Augustin (1996) ''Bygone Kedah''. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
* ''Intisari Kebudayaan Melayu Kedah'' (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.
 
<!-- Terdapat juga komunitas Melayu Kedah yang menetap di Sumatera Utara dan di Aceh. -->
 
[[Kategori:Melayu|*]]
[[Kategori:Suku bangsa di Malaysia|Melayu]]
[[Kategori:Suku bangsa di Thailand|Melayu]]
[[Kategori:Suku bangsa di Myanmar|Melayu]]
[[Kategori:Suku bangsa di Indonesia|Melayu]]
[[Kategori:Suku bangsa di Singapura|Melayu]]
[[Kategori:Bahasa Melayu]]
 
[[id:Melayu Kedah]]
[[en:Kedahan Malay]]
[[id:Melayu Kedah]]
[[th:ภาษามลายูถิ่นสตูล]]