Borobudur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: da:Borobudur
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: jv:Candhi Barabudhur; perubahan kosmetik
Baris 22:
}}
 
[[ImejFail:Borobodur1.jpg|thumb|right|350px|Puncak Borobudur.]]
[[ImageFail:Borobudur Mandala.svg|thumb|right|Pelan tapak Borobudur direka [[mandala]].]]
[[ImageFail:Borobudur-Nothwest-view.jpg|thumb|right|350px|Borobudur dari jauh.]]
[[ImageFail:Borobudur monks 1.jpg|thumb|right|Penganut Buddha melakukan meditasi.]]
[[ImageFail:Borobudur stupas.jpg|right|thumb|Pelbagai stupa di Borobudur.]]
[[ImageFail:Borobudur photograph by van kinsbergen.jpg|right|thumb|Gambar pertama dirakam oleh [[Isidore van Kinsbergen]] (1873) selepas kerja pembersihan.]]
[[ImageFail:Borobudur Tourism.jpg|150px|right|thumb|Pelawat di Borobudur.]]
[[ImageFail:Borobudur spout.jpg|thumb|right|Makaras berfungsi mengeluarkan air larian.]]
[[ImageFail:Borobudur Half Cross Section.png|thumb|right|250px|Keratan rentas 4:6:9 - kaki, badan dan kepala]]
[[ImageFail:Borobudur mural.jpg|right|thumb|150px|Arca pada dinding Borobudur]]
 
'''Borobudur''' ialah [[kuil]] atau [[candi]] [[agama Buddha]] yang terletak di desa Boro , [[Kabupaten]] [[Magelang]], [[Jawa Tengah]], [[Indonesia]]. '''Borobudur''' terletak kira-kira 100 km di barat daya [[Semarang]] dan 40 km di sebelah barat laut [[Yogyakarta]]. Luasnya 2500 km persegi.
Baris 41:
Jika [[Mesir]] berbangga dengan [[piramid]] dan [[Sphinx]], [[China]] dengan Tembok Besar , [[Kemboja]] dengan [[Angkor Wat]]. Maka, warga [[Indonesia]] berbangga dengan Borobudur.
 
== Fungsi ==
Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau [[mistik]] Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan [[Hari Wesak]] telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.
 
Baris 48:
Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama [[Islam]]. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di [[Indonesia]] dengan tumpuan di pulau [[Bali]]. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.
 
Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu [[lava]] [[gunung berapi]]. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaitu [[Gunung Sundoro]]-[[Sumbing]] dan [[Gunung Merbabu]]-[[Merapi]] di [[Sungai Progo]]. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur.
 
Selain kuil Borobudur terdapat 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu [[kuil Pawon]] dan [[kuil Mendut]]. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun, penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.
 
== Etimologi ==
* Istilah Borobudur tidak dapat dikesan dalam mana-mana artifak kecuali catatan Sir [[Thomas Stamford Raffles]] saja antara 1814-1816 iaitu ketika [[British]] mengambilalih sementara [[Bangkahulu]] dari [[Belanda]].
* Asal usul istilah Borobudur ini tidak jelas kerana penduduk setempat tidak lagi menjadi penganut agama Buddha. Penduduk pulau mistik Jawa telah lama melupakan agama Buddha. Kita akan merasa aneh akan kewujudan kuil Buddha ini kerana 99% penduduk Indonesia beragama Islam.
Baris 61:
* Dalam bahasa sanskrit dan Bali, Boro bermaksud 'kompleks candi' atau biara. ''Beduhur'' bermaksud "tinggi" atau di atas tanah tinggi.
 
== Struktur Borobudur ==
Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.
 
Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.
 
== Kosmologi Buddha ==
 
'''Borobudur''' direka sebagai [[mandala]] gergasi, lambang laluan [[bodhisattva]] dari [[samsara]] kepada [[nirvana]], melalui cerita Sudhana yang digambarkan dalam Gandavyuha Sutra, sebahagian dari [[Avatamsaka Sutra]].
Baris 77:
Sepanjang stupa, dinding-dindingnya dihiasi dengan ukiran arca menggambarkan kehidupan Buddha [[Shakyamuni]] dan Mahayana Sutras.
 
== Arca dinding ==
Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng.
 
Baris 86:
Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan. (Hukum karma bermaksud buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat). Rangkaian cerita Buddha ini berakhir dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.
 
== Sejarah arkeologi ==
: '''Peringkat pertama :''' Borobudur dibina sekitar tahun 750 dan 850 masehi, berbentuk piramid bertingkat-tingkat, disediakan lorong berjalan kaki. Borobudur tidak dapat disiapkan oleh raja Sailendra yang pertama. Sebalik nya disiapkan 50 tahun kemudian, pada masa pemerintahan puterinya memerintah selepas itu.
 
Baris 98:
 
 
[[ImejFail:Borobodur2.jpg|thumb|right|200px|Gambaran dinding Borobudur.]]
 
== Senibina ==
Borobudur apabila dilihat dari atas kelihatan seperti gergasi Buddha mandala dan sesuai dengan kosmologi Buddha dan ciri-ciri otak manusia. Berbentuk empat segi dan ketinggian 118 meter. Ada 72 stupa berbentuk loceng berlubang-lubang dan di dalam stupa itu ada patung Buddha sedang berehat.
 
Baris 111:
Satu stupa dikatakan mewakili satu makam untuk Lord Buddha. Setiap kuil merupakan rumah dewa. Tetapi ada yang mempertikaikan ia sebuah kuil kerana ada ritual berbentuk 'perjalanan haji'. Mereka akan berjalan mengikut anak tangga.
 
== Kajian Arkeologi ==
Selama beberapa abad, Borobudur tertimbus oleh lava debu gunung berapi sekitar 1006 Masihi. Sejak itu Borobudur berhenti menjadi tempat pemujaan dan perjalanan penganut Buddha. Penduduk Magelang dikatakan berhijrah ke Jawa Timur berdekatan dengan [[Brantas]] pada 928 Masihi. Selepas itu penduduk tempatan mengaitkan stupa besar dengan pelbagai cerita tahyul dan mistik - terutama selepas terjadi kemalangan, pendertaan dan punca kematian.
 
Baris 160:
* 27 Mei 2006 satu gempa bumi berukuran 6.2 skala richter telah memusnahkan Yogyakarta. Bagaimanapun Borobudur terselamat.
 
== Lihat juga ==
* [[Sejarah Buddha]]
* [[Prambanan]]
 
== Pautan luar ==
* [http://www.borobudur.tv Borobudur]
* [http://www.bergerfoundation.ch/Home/high_borobudur.html Borobudur, the monumental stupa]
* [http://www.emp.pdx.edu/htliono/borobudu.html The Borobudur Temple]
 
{{Link FA|en}}
Baris 175:
 
[[id:Borobudur]]
[[jv:Candhi Barabudhur]]
[[ca:Borobudur]]
[[cs:Borobudur]]