Ngah Jabor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Kemas
Smim90 (bincang | sumb.)
kemas
Baris 1:
'''Ngah Jabor''' atau nama sebenar beliau '''Mohammad Jabar bin Bardot''' (juga dikenali dengan gelaran '''Imam Prang Jabor''')(1858-1921) merupakan salah seorang tokoh penting dalam peristiwa penjajahan [[British]] di [[Perak]], khususnya dalam garis waktu penentangan kepada Residen British di Perak pertama iaitu [[J.W.W. Birch]]. Beliau juga merupakan orang kanan kepada pahlawan Perak termasyhur iaitu [[Dato Maharaja Lela]] atau Pandak Lam (c.1822 - 1877).<ref>http://ikantongkol09-buku.blogspot.com/2009/09/orang-biasa-diraja-hayat-dan-zaman-imam.html</ref><ref>http://www.geni.com/people/Pandak-Lam-Dato-Maharaja-Lela/6000000000553495334</ref> Ngah Jabor juga merupakan pengasas kepada daerah [[Kampar]], negeri [[Perak]] Darul Ridzuan. Beliau juga merupakan saudara sesusu atau adik beradik sesusu dengan Sultan Perak ke-28 iaitu [[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar]].
 
==Biografi==
Baris 17:
==Usia muda dan pembunuhan Birch==
 
Ngah Jabor pada usianya yang muda iaitu lebih kurang 17 tahun ditangkap oleh pihak British kerana disyaki terlibat dengan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch. Malah mengikut rekod rasmi British, jelas menunjukkan Ngah Jabor dan rakan-rakannya yang lain seperti ketuanya [[Dato Maharaja Lela]], [[Pandak Indut]], [[Panjang Bur]], [[Kulup Ali]], [[Dato Sagor]] dan [[Si Tuah]] dituduh bersekongkol dan bersubahat dalam pembunuhan Residen British di Perak iaitu [[J.W.W. Birch]]. Perbicaraan Mahkamah British Perak telah dilaksanakan di [[Matang]], [[Larut]] pada 14 Disember 1876 hingga 22 Disember 1876.<ref>C.O. 273/90, Gabenor Negeri-Negeri Selat kepada Pejabat Kolonial, 11 Januari 1877, terlampir enclosure 2, “Trial of Maharajah (Maharaja) Lela and others for murder of Mr. Birch”, (seterusnya diringkaskan menjadi C.O. 273/90, “TMMB”).</ref><ref>http://journalarticle.ukm.my/521/1/1.pdf</ref> Dijelaskan juga bahawa, Kulup Ali, Ngah Jabor, Pandak Indut dan Si Tuah telah merejam lembing ke tempat mandi J.W.W Birch. Ngah Jabor juga mengakui membunuh J.W.W Birch apabila ditanya sendiri oleh [[Dato Maharaja Lela]].<ref>C.O. 273/90, “TMMB”, kenyataan Raja Dein Meruwa, 16 Disember 1876.</ref><ref>http://journalarticle.ukm.my/521/1/1.pdf</ref>
 
==Terlepas hukuman==