Pertempuran Austerlitz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Baris 33:
Pada Ogos 1805, Napoleon mula menggerakkan tenteranya dari [[Boulogne]] ke Jerman untuk menentang ancaman Austria dan Rusia. Pada 15 September 1805, tentera Perancis seramai 200,000 orang merentasi [[Sungai Rhine]].<ref name="troops">Richard Brooks (editor), ''Atlas of World Military History.'' m/s 108</ref> Jeneral [[Karl Mack von Leiberich|Karl Mack]] telah menggerakkan majoriti tentera Austria ke [[Ulm]] (yang kini terletak di selatan Jerman). Napoleon berjaya mengelilingi tentera Mack dalam [[Kempen Ulm]] pada 20 Oktober 1805. Mack dan 23,000 askar Austria terpaksa menyerahkan diri; akibatnya, jumlah askar Austria yang ditahan bertambah menjadi 60,000.<ref name="miles">Andrew Uffindell, ''Great Generals of the Napoleonic Wars.'' m/s 15</ref> Vienna berjaya ditawan oleh Perancis pada November, bersamaan 100,000 musket, 500 meriam, serta jambatan-jambatan menyeberangi [[Sungai Danube]] yang tidak dimusnahkan.<ref name="vienna">David G. Chandler, ''The Campaigns of Napoleon.'' m/s 407</ref>
 
Tentera Rusia di bawah [[Mikhail Kutuzov]] sepatutnya tiba di Ulm untuk memperkukuhkan tentera Perikatan. Selepas kekalahan Mack, tentera Rusia berundur ke arah timur laut untuk menunggu ketibaan tentera bantuan serta tentera Austria yang masih tinggal. Mereka dikejar oleh tentera Perancis tetapi situasi Perancis menjadi semakin teruk. Ini kerana Prusia mungkin akan menyertai Perikatan, tentera Rusia dan Austria sudah bergabung, dan garisan perhubungan menjadi semakin panjang dan memerlukan semakin ramai pasukan garison untuk mempertahankannya. Napoleon memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk menewaskan tentera Perikatan ialah untuk menggoda mereka untuk memulakan pertempuran.<ref name="battle">Chandler m/s 409</ref> Nasib baik untuk dia, Maharaja Rusia bersemangatsemangat untuk berperang.
 
==Pertempuran==