Funan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Link: deutsch
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Funan''' merupakan sebuah Kerajaan Hindu purba pertama di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama masihi. Kerajaan ini digabungkan dengan kerajaan Chenla. Pada abad ke-6, kerajaan Funan telah menghantar ufti ke [[Republik Rakyat China|China]]. "Funan" dalam transkripsi orang [[Cina]] adalah perkataan "pnom" yang bermaksud "gunung".
 
'''Funan''' adalah kerajaan [[Kambodia]] silam sebelum zaman-[[Angkor]] terletak sekitar delta [[Mekong]], kemungkinannya ditubuhkan oleh penduduk [[Mon-Khmer]] yang bertutur bahasa [[Austro-Asiatic]]. Tidak banyak yang diketahui mengenai Funan kecuali ia merupakan negara perdagangan yang kuat. Ini terbukti dengan jumpaan barangan yang berasal dari [[empire Rom]], [[Cina]] dan [[India]] dalam penggalian arkhaeologi di [[Oc Eo]] di selatan [[Vietnam]]. Ibu negara Funan pada asalnya terletak di [[Vyadhapura]], hampir bandar [[Phnom Penh]] moden, walaupun ia mungkin dipindahkan ke Oc Eo pada kemudiannya.
 
Menurut lapuran dari dua wakil Cina, [[K'ang T'ai]] dan [[Chu Ying]], negara Funan diasaskan oleh [[Brahimin]] India bernama [[Kaundinya]], yang pada [[abad pertama]] C.E. mendapat arahan dalam mimpi untuk mengambil mangkuk anjaip dari kuil dan mengalahkan [[Soma]], ratu Khmer. Soma, anak kepada raja [[Nagas]], berkahwin dengan Kaundinya dan keturunan mereka menjadi dinasti raja Funan. The myth mempunyai kelebihan sebagai memberikan pengesahan kepada kedua-dua Brahmin India dan kedewaan ular tedung ( ''cobras'' ), yang dipuja oleh penduduk Funan pada masa itu.
 
Empire Funan mencapai kemuncaknya di bawah pemerintahan [[Fan Shih-man]] pada awal [[abad ke 3]] C.E., menganjur ke selatan sehingga utara [[Malaysia]] dan ke barat sehingga ke [[Burma]]. Funan menubuhkan sistem perdagangan dan monopoli perniagaan yang kukuh yang akan menjadi corak empire di kawasan ini. Fan Shih-man memperbesarkan angkatan laut dan memperbaiki Funanese bureaucracy, membentuk bentuk separuh-feudal ( ''quasi-feudal'' ) yang membiarkan adat dan pengenalan tempatan kekal, terutamanya yang terletak di sempadan empire.
 
Kerajaan Funan dikatakan kuat dipengaruhi oleh kebudayaan [[India]], dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara. Bahasa [[Sanskrit]] merupaka bahasa Istana, dan Funan menyokong ugama [[Hindu]] dan, selepas [[abad ke 5]], doktarin ugama [[Buddha]]. Rekod menunjukkan cukai dibayar dalam bentuk perak, emas, mutiara, dan gaharu ( ''perfumed wood'' ). K'ang T'ai melapurkan bahawa Funan mengamalkan perhambaan dan sistem perhakiman dilaksanakan melalui [[perbicaraan melalui ujian|perbicaraan melalui ujian ( ''trial by ordeal'' )]], termasuk kaedah seperti memegang besi panas, dan mengambil cincin emas dan telur dalam air mendidih.
 
Lapuran K'ang T'ai mengenai kebudayaan Funan tidak memberangsangkan, walaupun rekod istana Cina menunjukkan bahawa sekumpulan pemuzik Funan melawat Cina pada tahun 263 C.E. Maharaja Cina begitu kagum sehinggakan dia menitahkan pembinaan institute muzik Funan di [[Nanking]]. Funan juga dilapurkan mempunyai himpunan buku dan arkhive yang meluas di seluruh negara, menunjukkan peratusan mereka yang terpelajar agak tinggi pada masa itu.
 
Sejarah politik Funan kurang diketahui selain dari apa yang terdapat dalam rekod Cina mengenai hubungan mereka. Pertelingkahan singkat direkodkan apabila pada tahun [[270]]-an Funan dan negara jirannya [[Khampa]] bergabung tenaga untuk menyerang jajahan Cina [[Tongking]]. Pada tahun [[357]], Funan menjadi jajahan China, dan kekal sedemikian sehingga pemecahannya pada [[abad ke 6]].
 
Lihat juga: [[Kambodia]], [[Chenla]], [[empire Khmer]].
 
[[en:Funan]]