Lapan jam sehari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 16:
Pada tahun [[1864]], isu lapan jam sehari menjadi tunggak bagi tuntutan bagi pergerakan buruh [[Chicago]]. Perwakilan Illinois kemudiannya meluluskan undang-undang pada awal tahun [[1867]] meluluskan masa berkerja selama lapan jam sehari tetapi ia mempunyai begitu banyak kelemahan menyebabkan ianya hampir tidak berkesan. Para pekerja kemudiannya mogos seluruh bandar bermula pada [[1 May]] [[1867]], menutup ekonomi bandar tersebut selama satu minggu sebelum gagal. Pada tahun [[1868]], Kongres meluluskan undang-undang lapan jam waktu bekerja bagi pekerja pusat, tetapi juga terbukti kurang berkesan.
 
Dalam bulan Ogos [[1866]] Kesatuan Pekerja Kebangsaan (''National Labor Union'') di [[Baltimore]] telah meluluskan satu resolusi yang menyatakan, "Keperluan pertama dan yang penting masa kini adalah membebaskan pekerja negara ini daripada perhambaan kapitalis, adalah dengan meluluskan satu undang-undang yang mana lapan jam akan menjadi hari bekerja yang normal dalam seluruh negeri kesatuan Amerika. Kita akan memberikan segala kekuatan yang ada sehinggalah keputusan kemenangan ini dicapai."
 
{{terjemah|Eight-hour day}}