Syarif Mekah: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 6:
[[Mekah Al Mukarramah]] ialah kota paling suci dalam Islam kerana ia menempatkan [[Kaabah]] yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Dua lagi kota suci dalam Islam ialah [[Madinah Al Munawwarah]], tempat makam Rasulullah SAW berada dan [[Baitulmaqdis]], kiblat pertama umat Islam. Sebelum dinasti Syarif Mekah diasaskan, pemerintah Mekah lebih dikenali sebagai [[Wali]] (Gabenor) Mekah yang dilantik oleh Khalifah umat Islam.
Pada zaman [[Khulafa
Pada akhir abad ke 9M, wujud gerakan yang bergelar [[Qaramithah]] yang diasaskan oleh Abu Tahir ibnu Abu Said Al Jaunabi Al Qarmati. Mereka ialah kelompok pelampau agama yang telah berjaya memerintah [[Oman]] dan kemudiannya menakluki Mekah pada tahun 929M dan membunuh rombongan jemaah haji. Mereka terus memerintah Mekah sehingga tahun 965M, sehinggalah mereka dikalahkan dan diusir dari Mekah oleh Syarif Jaafar ibnu Muhammad Al Hassani yang mengetuai rombongan jemaah haji dari [[Mesir]]. Tindakan mengusir puak Qaramithah ini disokong oleh Kerajaan [[Fatimiyyah]] yang merupakan pesaing kepada kerusi kekhalifahan kepada Bani Abbassiyah.
|