École française d'Extrême-Orient: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Baris 88:
 
Pada tahun 1898, seorang sarjana Perancis terkenal di India telah menghantar cadangan projek pembinaan Sekolah Perancis Chandannagar yang mengguna pakai kaedah saintifik terbaru, namun tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak berkuasa.<ref name="Christiane Pasquel Rageau"/> Paul Doumer kemudiannya cuba menghidupkan semula projek ini, namun beliau mencadangkannya di [[Indochina]]. EFEO kemudiannya menjadi pusat penyelidikan pertama yang beroperasi menggunakan kaedah terbaru.<ref name="Christiane Pasquel Rageau"/> Misi EFEO pada peringkat awalnya terdiri dari dua perkara penting: kajian tentang arkeologi dan bahasa sastera di Indochina; serta menyumbang kepada para sarjana tempatan di rantau tersebut dan negara-negara jiran yang lain seperti [[India]], [[China]] dan [[Malaysia]].
 
Pada tahun 1898, EFEO hanya wujud sebagai sebuah piagam misi arkeologi di Indochina, dan Louis Finot merupakan pengarahnya yang pertama. Pada 1899, apabila berada di Saigon, beliau memulakan penubuhan institut ini hasil dari sokongan kerajaan kolonial Perancis di Vietnam. Usaha mengkaji sejarah Asia adalah sangat sukar dan memerlukan para sarjana EFEO mencari pendekatan yang lain dari kaedah mengkaji sejarah Eropah. Ini kerana, menurut Finot, sejarah di Eropah direkodkan bersama urutan peristiwa dan tarikh, dan disimpan dengan baik. Ini berbeza dengan sejarah beberapa negara Asia seperti Kemboja, kebanyakan teks sejarah tulisan tangan tidak terpelihara dengan baik dan tidak mampu bertahan menghadapi peperangan, cuaca dan aspek-aspek lain. Inkripsi-inskripsi di atas batu bersurat juga sukar dibaca samada disebabkan hakisan, litupan fungus, ataupun sudah retak dan musnah. Maka, para sarjana EFEO terpaksa melakukan kajian dengan mengaitkan struktur seni bina purba bersama dengan kajian teks lama.<ref name="Christiane Pasquel Rageau">
 
Kejayaan pertama EFEO di Indochina ialah pengumpulan 100 karya dan 300 risalah dalam [[Bahasa Khmer]]. Pada tahun 1900, institut ini mengeluarkan edisi pertama ''Kajian tentang Syiling An Nam''. Selepas tahun pertama, empat jurnal EFEO (satu untuk setiap tiga bulan) dikeluarkan dengan 75 muka surat dan 431 fotograf dan ilustrasi tiga peta. Antara bidang kajian terawal EFEO termasuklah: agama, seni bina Cham, cerita dongeng Vietnam, arkeologi Laos dan kebudayaan Kemboja. Dalam koleksi terawalnya juga terdapat artikel-artikel kajian tentang Chian dan Jepun. Pada tahun 1902, Seraphin Couvreur telah melancarkan sistem [[Perumian]] untuk [[Tulisan Cina]]. Sistem ini hampir menyerupai sistem [[Pinyin]], dan digunakan dengan meluas sehingga pertengahan kurun ke-20.[22]
 
==Rujukan==