Peristiwa Bukit Kepong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ambil fakta daripada wiki Inggeris, buang laman tak wujud
Orhanghazi (bincang | sumb.)
k →‎Permulaan: tahun 1950, meskipun masih menjadi naungan British, pentadbiran dijalankan kerajaan anak tempatan, Persekutuan Tanah Melayu. Malaya British telah tamat pada tahun 1946
Baris 7:
 
==Permulaan==
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada [[23 Februari]] [[1950]] antara pihak polis dan [[Parti Komunis Malaya]] semasa sebelum kemerdekaan Malaya[[Persekutuan Tanah Melayu]] (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di [[Bukit Kepong]]. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar [[Muar]], [[Johor]], [[Malaysia]].<ref>{{cite journal |first=CP Tan |title=Bukit Kepong: The Malayan Alamo |journal=Armorama |url=http://armorama.com/modules.php?op=modload&name=Sections&file=index&req=viewarticle&artid=1811 |accessdate=2010-05-05}}</ref>
 
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka: