Herotan Gitar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yoyo69 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yoyo69 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[http://en.wikipedia.org/wiki/Distortion Distortion] bermakna satu imej yang rosak akibat kanta optik yang rosak. Bunyi gitar yang kasar dari amp gitar juga di panggil distortion atau overdrive atau fuzz. Bunyi distortion gitar yang terhasil dari litar elektrik didalam amplifier menjadi bunyi yang disukai para pemuzik rock dan anak-anak muda kerana berbunyi garang dan agresif. Minat manusia pada bunyi kuat, bising dan bingit telah bermula sejak dari zaman purba lagi. Pada Ketika persembahan muzik di zaman purba para pemuzik sentiasa berkehendakkan muzik mereka berbunyi kuat. Gendang-gendang dan gong akan dipalu sekuat hati mereka yang mengeluarkan bunyi kuat manakala alat-alat muzik bertali akan digesek pula. Alat muzik reed akan dicipta lebih besar untuk mengeluarkan bunyi yang lebih kuat seperti saxophone dan trumpet. Pada abad ke 19 saiz sebuah orkestra barat menjadi sangat besar dimana sehingga 100 orang ahli bermain alat muzik. Alat muzik gitar akustik yang dimain bersama orkestra tidak kedengaran bunyi kerana saiz orkestra yang besar dan belum terciptanya alat amplifier / speaker untuk membesarkan alat muzik ketika itu.
 
Pada awal kurun ke 20 (1910-1930-an) banyak experiment telah di buat untuk "membesarkan" bunyi gitar melalui loudspeaker kerana gitar akustik menjadi tidak sesuai dimainkan dalam orchestra muzik Big band & jazz yang semakin kuat di mainkan. Luthier adalah pereka gitar elektrik pertama. Les Paul pemain gitar meng-experiment gitar dengan meletakkan microphone di gitar nya. George Beauchamp mereka gitar electric amplified (dibesarkan melalui pendawaian elektrik) pada 1931 dan bersama Adolph Rickenbacker, & Paul Barth telah menubuhkan syarikat gitar "Rickenbacker" pada 1934.