Katana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 78:
Pedang Jepun dan [[senjata]] bermata yang lain sering dihasilkan melalui kaedah rumit memanaskan, melipat, dan mengetuk [[logam]] berulang kali. Kaedah ini berasal dari penggunaan logam tidak tulen, akibat suhu rendah yang terhasil pada kaedah [[peleburan]] logam pada masa itu di situ. Untuk mengatasi masalah tersebut, dan untuk menyeragamkan ''homogenize'' kandungan [[karbon]] pada bilah (memberikan sesetengah bilah ciri-ciri pola berlipat), kaedah melipat dimajukan (untuk perbandingan lihat [[pola kimpalan|pola kimpalan ''pattern welding'' )]]), dan didapati agak berkesan, walaupun memakan tenaga manusia yang banyak. Berbeza dengan kepercayaan popular, kaedah ini tidak menghasilkan bilah yang mempunyai kekuatan tambahan. Proses melipat mata bilah berulang kali bertujuan menulenkan logam.
 
Lengkungan jelas pada katana sebahagiannya disebabkan oleh proses perbezaan [[celupan|celupan ( ''quenching'' )]]. Belakang pedang disalut dengan tanah liat, mengasingkannya dan dengan itu menyebabkan ia sejuk lebih perlahan berbanding mata apabila mata bilah direndam. Kaedah ini menghasilkan mata bilah dengan tepi yang keras dan belakang yang sejuk, membenarkannya menjadi penyalkenyal dan akanpada tetapimasa yang sama masih mengekalkan mata tajam untuk memotong yang elok.
 
Proses ini juga menjadikan mata bilah mengucup kurang berbanding bahagian belakang apabila sejuk, satu keadaan yang membantu pandai besi menentukan lengkungan sesuatu bilah. Sebagaimana mata bilah yang melengkung lain (contohnya. [[saber]], [[scimitar]], dan [[machete]]), lengkungan ini menjadikan bilah tersebut sebagai senjata memotong yang lebih berkesan dengan menumpukan kesan hentaman pada sebahagian kecil kawasan; bagaimanapun, ia mengurangkan keberkesanannya sebagai senjata tikaman.