V. T. Sambanthan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: ta:வீ. தி. சம்பந்தன்; perubahan kosmetik
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 22:
Dilahirkan di kawasan pedalaman [[Sungai Siput]], [[Negeri Perak]], Sambanthan bersekolah di [[Sekolah Clifford]] di [[Kuala Kangsar]], Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah [[Sarjana Muda Sastera]] dari [[Universiti Annamalai]] di [[India]] Utara.
 
Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.

==Politik==
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama [[Kongres India Se-Malaysia|Kongres India Malaya]] (MIC) ketika berusia 36 tahun.
 
Pada tahun [[1955]], Sambanthan membawa MIC masuk [[Parti Perikatan]], satu parti campuran antara [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) dan [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA) untuk bertanding dalam [[Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955|pilihan raya umum]] yang pertama di [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya [[Kinta]], [[Negeri Perak]]. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.
Baris 30 ⟶ 33:
Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi [[Kementerian Kesihatan Malaysia|Menteri Kesihatan]]. Seterusnya pada tahun [[1959]], Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat [[India]] di [[Fiji]] dengan masyarakat [[pribumi]].
 
Pada tahun [[1973]], Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun [[1979]], akibat [[penyakit jantung]]. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di [[BrickfieldBrickfields]], [[Kuala Lumpur]].Serta, [[Sistem Monorail Kuala Lumpur]] juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu [[Stesen Monorel Tun Sambanthan]].
 
== Rujukan ==