Slam Dunk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Master2841 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41:
 
Haruko, yang mengetahui kecergasan Hanamichi memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan itu. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang pengalah (juga kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang). Walaupun dengan sikap ketidakmatangan dan panas barannya, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atlit berpotensi dalam sukan berkenaan (juga kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede - musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan itu pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP sekolah menengah tinggi, dan Miyagi Ryota, pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama-sama dengan kapten pasukan Shohoku Akagi Takenori berusaha menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.
 
==Watak-watak==
*'''Sakuragi Hanamichi''' (桜木花道)
:[[Image:Sakuragi SLAMDUNK.PNG|150px|left]]Tahun: Pertama
:Tinggi/Berat: 188cm, 83kg -> 189.2cm, 83kg
:Jersi Nombor: #10
:Posisi: ''Power forward'' (PF)
:Tarikh lahir: 1 April
:Persamaan dengan pemain realiti: [[Dennis Rodman]]
:Suara: [[Takeshi Kusao]]
:Ciri-ciri watak: Semasa awal siri ini, Hanamichi ialah seorang yang gagal dalam mengurat gadis-gadis dan sering ditolak (sebanyak 50 kali). Dia kemudian bertemu dengan Haruko (Hanamichi jatuh cinta serta-merta, walaupun Haruko menyukai Rukawa). Ini akhirnya menyebabkan dia menyertai pasukan bola keranjang Shohoku bersama-sama dengan Rukawa. Namun demikian dia tidak pernah bermain bola keranjang sebelum ini maka dia tidak dapat beraksi dengan baik walaupun dia mempunyai potensi yang bagus. Dia cuba untuk menarik perhatian Haruko ketika bermain dan sering menganggap dirinya sendiri sebagai bijaksana (dan sering berulang kali menyebut perkataan bijaksana). Ciri paling uniknya ialah rambut merah menyala. Dia juga dikenali sebagai mempunyai kemahiran bola keranjang yang lemah (dalam beberapaperlawanan rasmi pertamanya dia sering terkeluar kerana sering menyentuh pihak lawan [''foul'']) disamping kebolehan menyambut bola yang gagal masuk ke dalam jaring. Dia mencukur rambutnya selepas pasukan Shohoku tewas kepada Kainan. Permainan Hanamichi semakin bertambah baik sepanjang siri ini, dengan belajar cara memasukkan bola ke dalam jaring dengan betul (bersama Haruko), dengan Akagi dalam manyambut bola yang gagal masuk ke dalam jaring, dan belajar membuat 200 lompat berjaring dalam sehari. Belakangnya cedera sewaktu perlawanan menentang Sannoh dan dalam proses pemulihan diakhir siri ini.
 
 
{{Stub Anime}}