Perbezaan antara semakan "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak"

tiada ringkasan suntingan
Pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura secara bertalu-talu. Pemindahan orang awam berjalan, antaranya melalui kapal ''Felix Russell''. Kapal itu berlayar pada [[6 Februari]] dan berlabuh di [[Bombay]], India, pada [[22 Februari]]. Kapal lain seperti ''Empress Asia'' tidak begitu bernasib baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.
 
Divisyen Ke-18 British dan Divisyen Ke-11 India telah berundur ke Singapura[[Singapur]] secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka berkurangan dengan banyaknya. Mereka digabung dengan unit lain dan ditempatkan di kawasan utara Singapura sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan berhadapan dengan [[Selat Johor]]. Meriam-meriam Jepun itu dapat dipindahkan dengan pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan, dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka memiliki, mampu bergerak dengan pantas ke kedudukan yang berkesan. Pada masa yang sama, pengeboman udara berterusan membakar kemudahan-kemudahan minyak yang dibimbangi akan dipergunakan untuk menjadikan Selat Johor sebagai lautan api.
 
Pada [[7 Februari]] [[1942]], pihak Jepun memulakan serangan mereka ke atas Singapura dengan mendarat di pulau kecil [[Pulau Ubin]] bagi menumpukan tembakan kencang pada [[Changi]]. Di sebelah barat laut tentera Australia dibom. Pada [[8 Februari]], tentera Jepun menjajah melalui barat laut, dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi [[10 Februari]], tentera Jepun berjaya menjejakkan kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Rejimen Melayu yang diketuai oleh [[Adnan bin Saidi|Leftenan Adnan bin Saidi]] dengan kelengkapan yang serba kekurangan, tetapi penuh bersemangat, berjuang menentangi bilangan musuh yang jauh lebih banyak daripada Divisyen Ke-18. Mereka menentang sehingga ketitisan darah terakhir dan hampir keseluruhan anggota mereka terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara ke sasaran berikutnya, iaitu lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara [[Kranji]] sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada [[10 Februari]] [[1942]], [[Bukit Timah]] diserang dan akhirnya ditawan pada [[11 Februari]].
245,304

suntingan